11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Kes Zahid Batal Saman Malu Diputuskan 16 November

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 16 November depan untuk mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau.

Penolong Pendaftar Kanan, Mohd Fitri Sadarudin, menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif.

Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon, manakala Shamsul Bahrain Ibrahim yang turut hadir menyebut bagi pihak peguam Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli. - Bernama



Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah:




Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.