9 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Kepala lembu - 6 Dituduh Menghasut

Enam orang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menghasut berhubung demonstrasi kepala lembu yang disertai bulan lalu.

Tertuduh tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi tadi dan disambut oleh sebilangan penyokong.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengarahkan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang. Bagaimanapun, jumlah itu kemudiannya dikurangkan kepada RM4,000 seorang.

Kes itu akan disebut semula pada 21 Oktober depan.

Tertuduh kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk didakwa di bawah Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram.

Mereka yang didakwa atas tuduhan menghasut dan menyertai perhimpunan haram adalah Mohd Azmir Mohd Zain, Ahmad Suhairy Zakaria, Mohd Hilmi Ni, Ibrahim Sabri, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf dan Eyzva Ezhar Ramly.

Sementara itu, enam lagi yang hanya didakwa kerana menyertai perhimpunan haram adalah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun dan Azhari Shaari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.