Polis hanya menahan empat daripada 12 orang yang menyertai demonstrasi membawa kepala lembu di Shah Alam pada 29 Ogos lalu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Sementara itu katanya, baki lapan orang lagi telah diminta datang ke balai polis hari ini, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan polis bertindak menahan mereka.
Khalid berkata, mereka akan didakwa di mahkamah hari ini.
"Sebahagian mereka akan didakwa kerana mengadakan perhimpunan haram, sebahagian lagi di bawah Akta Hasutan dan ada yang kedua-duanya sekali," katanya.
Banyak pihak mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan 4 orang manakala yang lapannya diarah untuk datang ke balai polis tanpa ditahan. Sedangkan selama ini, polis bertindak ganas dan zalim ke atas ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dengan terus menahan dan membelasah tanpa rasa belas.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kesemua penunjuk perasaan terbabit akan didakwa setelah beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa mereka perlu dihadapkan ke mahkamah.
Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Abdul Gani berkata mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.
Pada 28 Ogos lepas, sekumpulan penduduk Seksyen 23, Shah Alam telah berarak kira-kira 300 meter dari masjid negeri ke pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah pemindahan kuil Sri Mahamariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Mereka membawa kepala lembu dan memijaknya ketika demonstrasi itu.
Tindakan itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan yang menghina sensitiviti agama memandangkan lembu dianggap haiwan suci oleh penganut agama Hindu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.