12 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Anita dan Suami Disamun. Jenayah Bermaharajalela, Polis Hilang Fokus.

Allah mahu selamatkan nyawa kami. Mungkin penyamun itu terkejut kerana mengenali saya lalu dia yang sudah mengangkat parang tiba-tiba jadi tergamam,” kata Anita Sarawak yang disamun empat lelaki berparang di Taman Melawati, Hulu Klang, dekat sini, petang semalam.

Penyanyi veteran itu berkata, ketika penyamun mengacukan parang ke arahnya, dia terasa bagaikan berada di ambang maut.

Menceritakan detik cemas ketika disamun kira-kira jam 5.30 petang semalam, Anita Sarawak atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib, 57, berkata dia bersama suami, Mahathir Abdullah, 53, dan pemandunya, Tan Ah Seng, 52, berada di hadapan rumah ibu tirinya, Datin Umi Kalthum.

Menurutnya, mereka ke rumah Umi Kalthum kerana mahu menjemput bekas pelakon itu ke majlis berbuka puasa di Perbadanan Kemajuan Finas Nasional (Finas), Hulu Klang.

“Ketika itu hujan renyai, kami baru saja sampai di rumah Umi. Pemandu kami bergegas turun menuju ke but kereta untuk mengambil payung.

“Tapi suami curiga kerana dia mengambil masa lama untuk kembali ke kereta kami. Apabila menoleh ke belakang, suami nampak empat lelaki bersenjatakan parang sedang mengacu senjata itu di leher pemandu kami,” katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini, malam tadi.

Ketika itu, katanya, Mahathir terus menerpa ke belakang kereta mereka untuk menyelamatkan Tan.

Menurut Anita, dalam pergelutan dengan penyamun, Mahathir sempat mencekik leher seorang daripada mereka, tetapi pada masa sama, seorang lagi penyamun datang ke arahnya yang ketika itu dalam kereta.

“Dalam hati, Kak Nita berdoa semoga diselamatkan Allah daripada petaka itu sambil merayu kepadanya (penyamun) supaya tidak mencederakan kami sambil merenung matanya.

“Peliknya, penyamun itu tiba-tiba tergamam dan menurunkan parangnya sebelum saya mengambil kesempatan itu untuk menutup dan mengunci pintu kereta,” katanya.

Pada masa sama, Anita melihat suaminya berlumuran darah, manakala penyamun terbabit berbual sesama sendiri sebelum melarikan diri dengan menaiki dua motosikal.

Sementara itu, Mahathir yang menerima puluhan jahitan di belakang kepala akibat tetakan parang penyamun ketika bergelut berkata, dia menjadi berani kerana memikirkan nyawa isteri dan pemandunya yang sedang diancam penyamun.

“Penyamun mahukan jam yang saya pakai tapi saya tidak memberikannya. Dia mengacukan parang, namun saya sempat mencekik lehernya.

“Bagaimanapun, dia sempat melibas parang sebelum satu tetakan terkena di kepala saya. Mujur pada masa sama seorang rakannya yang kelihatan ketakutan mengajaknya dan dua yang lain melarikan diri.

“Saya bernasib baik tidak cedera terlalu serius walaupun ditetak kerana kepala dilindungi songkok untuk ke majlis berbuka puasa,” katanya.

Anita berkata, dia dan suami bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu dan berdoa agar keempat-empat penyamun berusia kira-kira 20-an itu insaf.

“Kak Nita masih trauma. Mungkin nanti baru laporkan kejadian ini kepada polis,” katanya.

Wartawan yang menunggu di bilik kecemasan hospital melihat Mahathir yang dirawat sebagai pesakit luar dipimpin Anita untuk pulang ke rumah mereka, kira-kira jam 9.30 malam.

Dalam kejadian berkenaan, empat penyamun terbabit sempat melarikan beg duit dan beg bimbit milik pemandu Anita serta beberapa barangan dalam but kereta Anita. -HMetro

Ulasan GB

Kegiatan jenayah yang menjadi-jadi mutakhir ini menjelaskan kebenaran tanggapan orangramai bahawa Polis hilang fokus di dalam tugas dan tanggungjawab mereka.

Yang mereka sibukkan ialah mengampu dan membodek UMNO BN dengan menekan dan membelasah rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.