19 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Alahai PAS Selangor...

Arakian maka terkejutlah akan PAS Selangor apabila bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah ditakut-takutkan orang dengan ugutan bunuh.

Kemudian daripada itu, tergagau-gagaulah akan hamba di manakah gerangannya perisytiharan terkejut PAS Selangor akan ugutan hendak membunuh Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad.

Puaslah sudah saya ini menggunakan bermacam-macam kata kunci menggoogle untuk mencari-cari perisytiharan terkejut PAS Selangor akan ugutan hendak membunuh Khalid itu. Tiadalah jua saya berjumpa.

Tiadalah saya terkata apa-apa kerana tiada berjumpa tiadalah semesti tiada wujud akan dia... -penarikbeca

2 ulasan:

  1. Emmm.. dosa PAS Selangor yang menipu ahli PAS di muktamar tahun 2009 dgn menerima penajaan syarikat kroni umno tidak mungkin boleh dilupa dan dimaafkan oleh ahli-ahli PAS.

    Dengan tindakan Hassan ALi menukarkan beberapa orang pimpinan PAS Selangor dengan muka-muka mereka yang menjulang idea kerajaan perpaduan membuktikan bahawa PAS Selangor adalah duri dalam daging kepada Pakatan Rakyat.

    PAS Selangor akan kalah di dalam pilihnraya umum akan datang!

    BalasPadam
  2. sayang bebenau PAS Selangor kpd Khir Toyo. ini smua keje "golongan celaka" (pinjam istilah Presiden sendiri) yang bermuka-muka di dalam PAS. Sekejap UG sekajap Pakatan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.