14 Sep 2009

Era Najib Altantuya : ADUN Pel Kelang Dalam Perhatian

Kerajaan Negeri memandang serius komitmen dari Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah (gambar), yang didakwa lesu dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan negeri pada 1 September telah menerima jawab balas kepada satu surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat terbabit bagi membincangkan permasalahan ini.

“Sebenarnya kita sudah ada menghantar surat tunjuk sebab kepada dia dan dia pun telah membalas surat tersebut dan memberi jawapan kepada perkara-perkara yang kita bangkitkanlah.

“Sekarang, Insyaallah kita akan atur bertemu dengan pemimpin parti dalam masa terdekat untuk berbincang lebih lanjut. Jadi itulah sekarang status YB Badrul,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Klang.

Kerajaan Negeri sebelum ini memberikan tempoh 14 hari kepada Badrul untuk memberi jawapan berhubung statusnya sebagai wakil rakyat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan wakil rakyat itu supaya mendapatkan rawatan doktor bagi mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.

Bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, Pakatan Rakyat mempertanggungjawabkan beberapa ADUN dan Ahli Parlimen untuk membantu tugasan Badrul di Pelabuhan Klang.

Nazmi berkata tempoh 14 hari yang diberikan kepada Badrul untuk memberi jawapan telah pun berakhir pada hari ini dan akan mempertimbangkan keputusannya dalam masa terdekat.

“YB Badrul masih lagi ADUN dan kita membantu untuk menguruskan dari segi peruntukan, pengurusan pusat khidmat DUN dan sebagainya," katanya.

Ulasan GB

Ada pihak yang melihat ADUN Pelabuhan kelang itu telah berjaya diperangkap oleh UMNO/BN yang kini menjadi stok penimbal untuk UMNO/BN.

Dari maklumat yang boleh dipercayai bahawa UMNO BN Selangor sedang giat untuk memburu beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat untuk dipujuk keluar dari PR dan jika ada satu atau dua orang lagi berbuat demikian, maka Badrul Hisham akan mengumumkan dirinya juga.

Ini adalah untuk mengulangi modus operandi UMNO BN di Perak.

Penyelesaian : PKR perlu segera hadapkan Badrul Hisham ke Lembaga Disiplin Parti di peringkat pusat, bukan sekadar di peringkat negeri.


2 ulasan:

  1. yg selalu beri masalah pada PR ialah adun dari PKR..dan kekadang kedengaran dari DAP...kenapa jadi macam ni..mcm semangat bersama PKR cuma senipis kulit bawang ...dia org ni semua kena gi kursus bina diri ...rakyat pun rasa bosan gak dengan pe'el mcm ni...

    BalasPadam
  2. Salam. Dicadangkan pihak PKR-PR mewujudkan satu mekanisme yang efektif dan defensif bagi mengatasi gejala buruk seperti yang telah berlaku di Perak.

    Allah SWT takdirkan berlaku begitu di Perak antara lainnya supaya kita mengkaji dan melaksanakan kaedah yang efektif dan defensif bagi mempertahankan Kerajaan Rakyat.

    PKR juga mesti mewujudkan suatu silibus yang menyerupai seperti usrah yang biasa diamalkan oleh jemaah2 Islam bagi menguatkan hati dan jiwa ahli2 termasuk YB2 supaya kekal konsisten dengan perjuangan PKR-PR.

    Usrah atau seumpamanya sangat patut dijadikan amalan mingguan dan bulanan demi survival keistiqamahan ahli2 dan YB2.

    INSYAALLAH..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.