25 Ogo 2009

Kenyataan Najib Altantuya Bela SPRM Dibidas

Inkues belum berakhir tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah pun mengeluarkan kenyataan seolah-olah membelas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

Menurut Najib, SPRM tidak boleh dijadikan mainan politik dan sentimen ekoran beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibilitinya.

Perdana Menteri berkata, orang ramai tidak boleh menunding jari kepada SPRM semata-mata berdasarkan satu kes membabitkan kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

"Kita tidak boleh cepat salahkan SPRM. Kita tak boleh jadikan SPRM mainan politik, sentimen," kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan di sini.

Banyak pihak melihat kenyataan Najib itu sebagai satu pembelaan terhadap perbuatan jenayah yang mungkin berlaku sehingga menyebabkan kematian Teoh beng Hock.

"PM sepatutnya bertindak adil dengan tidak mebuat sebarang kenyataan yang dilihat seperti membela SPRM. Apa ertinya inkues lagi jika PM sendiri sudah berpihak dan menafikan persepsi rakyat bahawa apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock adalah satu perbuatan jenayah dan apa yang dilakukan oleh Polis dan SPRM berkemungkinan adalah untuk cuba menutup perlakuan jenayah para pegawainya?" soal seorang pensyarah Sains Politik di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya terdapat beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibiliti SPRM berikutan kematian Teoh serta insiden ugutan bunuh terhadap pegawai kanan SPRM dan serangan molotov cocktail terhadap kenderaannya di Klang minggu lalu.

Najib berkata, kerajaan masih yakin dengan kewibawaan SPRM kerana ia adalah badan penting untuk memerangi gejala rasuah dan memastikan urus tadbir negara berjalan dengan baik.

"Keyakinan itu mesti beasas. Jika sudah ada kematian, apakah kita perlu menunggu satu lagi kematian baru kita hendak perbetulkan keadaan?" soal pensyarah itu lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.