Exco Selangor Teresa Kok berkata serangan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim adalah taktik yang sering diamalkan Umno apabila parti perkauman itu berasa terancam atau mahu memenangi pilihanraya.
"Sebenarnya ini bukan kali pertama Umno membuat tuduhan berbaur perkauman. Mereka sebelum ini telah membuat tuduhan sedemikian rupa terhadap pemimpin-pemimpin Pas dalam hampir semua pilihanraya kecil.
Ini adalah cara umno untuk memainkan parti politik dalam usaha untuk menghasut orang melayu supaya marah dan sebagainya,"
Teresa menjelaskan memanfaatkan politik asabiyah untuk meraih kembali sokongan dari masyarakat Melayu yang bimbang atau masih ragu-ragu dengan arus perubahan yang melanda hari ini.
Bagi Umno, tidak penting sekiranya ancaman ini benar-benar wujud atau tidak, tetapi selagi perasaan takut itu wujud dalam jiwa anak-anak Melayu, maka Umno boleh memanipulasikan perasaan itu.
"Ini merupakan satu propaganda," kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
"Propaganda untuk mengelirukan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Tetapi propaganda ini akan memakan diri kerana Umno menganggap orang Melayu tidak dapat membezakan yang benar dan yang batil," tegas pemimpin DAP itu lagi.
Charles menambah masyarakat Melayu hari ini hidup dalam cabaran abad ke-21 dan semakin peka dengan perkembangan politik hari ini.
Beliau yakin kewarasan politik dan kepekaan maklumat yang dinikmati masyarakat Melayu hari ini mampu menyahkan fitnah Umno terhadap pemimpin Melayu pembangkang.
"Orang Melayu tahu mana yang betul dan yang salah, dan mereka sedar siapa pengkhianat sebenarnya. Tindakan Umno akan menimbulkan rasa marah orang Melayu, bukan terhadap Anwar, tetapi terhadap Umno," katanya.
"Tuduhan terhadap Anwar, Pas dan DAP adalah langsung tidak berasas. Kerana sejarah menunjukkan Umno yang telah mengkhianati orang Melayu kerana masyarakat ini kekal miskin kerana agihan kekayaan yang hanya berkisar sekitar elit-elit Umno semata," tambah Charles.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.