9 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Memang Double Standard (updated)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu cekap dan bertindak pantas memantau dakwaan kes salah guna peruntukan Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bagaimanapun mempersoalkan mengapa SPRM tidak bertindak demikian ke atas ADUN Barisan Nasional yang telah dilaporkan menyeleweng..

Katanya, beberapa isu telah dibangkitkan berkaitan Adun Barisan Nasional yang membelanjakan peruntukan dalam masa dua bulan pada pilihanraya umum lepas, tetapi sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan.

“Kita mempertikaikan ketelusan SPRM mengambil tindakan untuk menyemak perbelanjaan-perbelanjaan pejabat adun Selangor, mengapa dalam isu ini. Nampak SPRM begitu cekap dan cepat bertindak, sedangkan kita pernah komplen dulu bagaimana adun-adun BN membelanjakan peruntukan 500 ribu tak sampai dua bulan sedangkan itu peruntukan setahun,” katanya.

Yaakob mengulas tindakan SPRM menyiasat dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Semalam lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan kemudian membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang untuk mendapatkan beberapa baucer pembayaran yang dilakukan.

Katanya, SPRM sepatutnya perlu adil dan telus dalam tindakan mereka dan bukan menunjukkan kecekapan mereka kepada sebelah pihak sahaja.

“Ada adun yang tidak bertanding seperti Ketua Pemuda Umno sekarang, tak bertanding tetapi habis peruntukkannya, kenapa isu ini tak diambil tindakan dengan begitu cekap oleh SPRM, tapi dalam isu kerajaan negeri Selangor nampaknya dia ambil tindakan begitu cepat sekali, jadi ini yang kita persoalkan,” katanya.

Menurut Yaakob, perbelanjaan peruntukan DUN kerajaan negeri Selangor dilakukan dengan berhemah dan segala urusan keluar masuk duit dipantau oleh pegawai khas yang ditugaskan.

Beliau menyifatkan SPRM telah dipergunakan oleh pihak tertentu sebagai strategi untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat. mengarahkan mereka. -TVS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.