23 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Sketsa Katak Sumbang Di Kedah

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas memalukan dirinya sendiri apabila beliau gagal untuk membawa mana-mana ADUN lain untuk bersamanya.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.

"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah, lapor harakahdaily.

Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.

Radzhi mempunyai masalah disiplin terutamanya dari segi perbelanjaan dan tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menurut TVAntara.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada beliau bulan lalu serta menggantung PKR Bahagian Padang Serai dan cabang-cabang di kawasan berkenaan.

“Kita mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu beliau mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid untuk membeli wakil rakyat.

“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau berjumpa kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” katanya.

Katanya isu beliau ini melibatkan isu peribadi dan kerana itu pimpinan telah mengambil tindakan kepadanya dan beliau dinasihatkan supaya meletakkan jawatan.

Anwar berkata, Radzhi turut cuba bersekongkol dengan Umno apabila mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat yang lain untuk menyertai Umno dengan tawaran bayaran yang tinggi.

“Itu percubaan umno mengambil peluang daripada Adun Lunas dan menggunakan beliau untuk menarik yang lain dan kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.

Katanya, Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat dalam usaha mengelakkan berlakunya perkara seperti ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mengemukakan nama beliau supaya dipertimbangkan menjadi Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, 25 Ogos ini tidak akan diisytiharkan sebagai cuti umum sebaliknya kerajaan negeri akan memastikan majikan memberikan pelepasan kepada pengundi untuk mengundi pada hari berkenaan.

1 ulasan:

  1. Adun Lunas Mohd Radzi Salleh yg keuar PKR dan
    menjadi calun bebas serta memberi sokongan kpd
    PM Najid adalah org yg paling kianat kpd pengundi2 diLunas. Ianya dipilih olih pengundi2
    disitu diatas tiket dan lambang PKR bukan diatas dirinya. Inilah manusia yg tidak ada
    prinsip perjuangan, seolah2 pentingkan periuk
    dan nasi. Mungkin jugak beliau mendapat habuan
    yg tinggi menyebabkan dia rela meninggalkan
    PR dgn membelangkan halal haram habuan itu.
    Kita sama2 lihat sejauh mana specis katak ini
    melompat, sama2 kita tunggu..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.