7 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Sah, Pusat Perlu Bayar Royalti Kelantan

EEkpedisi royalti minyak ke pelantar Cakrawala membuktikan bahawa pengerudian minyak itu sememangnya berlaku dalam perairan Kelantan.

Ini memandangkan kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Datuk Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala pada 4 dan 5 Ogos itu.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Mentri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut ketibaan Ekspedisi misi royalti petroleum yang selamat mendarat di pelabuhan Pengkalan Kubur, Tumpat petang tadi.

Ekspedisi disertai seramai 60 orang termasuk wakil media diketuai oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, selamat tiba di kawasan pelantar kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Anggota rombongan kemudian belayar pulang selepas membuat tinjauan selama hampir dua jam.

Turut sama dalam misi tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, ahli-ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Wartawan The Malaysian Insider yang turut sama menyertai ekspedisi tersebut difahamkan pengeluaran petroleum memang berada di dalam perairan pantai Kelantan dan tuntutan royalti sebanyak lima peratus kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat adalah wajar.

Nik Aziz, dalam kenyataan ringkasnya selepas menyambut kepulangan rombongan ekspedisi tersebut meminta kerajaan pusat khususnya Perdana Mentri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandang serius kenyataan bekas Mentri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, supaya kerajaan pusat membayar royalti tersebut kepada Kelantan.

Nik Aziz memberitahu, Tengku Razaliegh adalah orang yang bertanggungjawab dalam perkara berkenaan amat mengetahui kedudukan perkara sebenar dan ianya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Di kesempatan yang sama Nik Aziz mengucapkan terima kasih serta melahirkan rasa kagum terhadap ketabahan dan semangat cekal semua anggota ekspedisi meredah lautan sepanjang 120 kilometer dalam tinjauan tersebut.

Isu tuntutan royalti minyak Kelantan menjadi kontroversi apabila kerajaan pusat memberi arahan kepada petronas supaya menjawab perkara berkenaan dalam tempoh 48 jam semasa kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai Julai lepas.

Namun hingga sekarang masih tiada apa-apa jawapan mengenainya. Bagaimanapun semasa lawatan Najib ke Kelantan baru-baru ini memberitahu isu tuntutan tersebut masih lagi berada dalam kajian.

Sementara itu Husam, menggesa supaya Najib tidak melengah-lengahkan bayaran royalti berjumlah sebanyak RM1 bilion sebelum Ramadhan ini.

“Tuntutan ini adalah tuntutan hak rakyat Kelantan dan terbukti pelantar itu hanya terletak 153 km sahaja dari pantai Kelantan,” jelasnya.

Ekspedisi misi royalti bagi meninjau kawasan pengeluaran petroleum di pelantar minyak Cakrawala menggunakan bot nelayan meredah Lautan Cina Selatan memakan masa lebih 24 jam pergi dan balik.- Mohd Zuharman


2 ulasan:

  1. semoga permintaan ditunaikan .Sekiranya berjaya ,perlu ingat ,wang tersebut wang rakyat bukan wang org2 atau puak2 tertentu . Gunakan sebaik mungkin dan ingat ,setiap sen yg dibelanjakan akan disoal kelak .- hanya pesanan bukan mengajar

    BalasPadam
  2. Salam,

    kebetulan saya terborak dengan rakan2 yg bekerja sebagai syarikat vendor kepada pelantar terbabit.

    mereka hairan mengapa vendor tempatan perlu terbang dari kerteh padahal dari airport kota bharu lebih dekat ke pelantar terbabit.

    mereka lebih hairan lagi apabila keluar engineering report akan terselit perkataan "offshore kelantan"

    dan ramai yang tidak perasan, satu lagi vendor dari luar negara - dari Talisman Group dengan selamba menaiki helikopter dari kota bharu ke pelantar terbabit.

    sampai bila penipuan ini boleh ditutup?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.