22 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : RM66 Juta, MB Selangor Sedia Bayar Bank Islam

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau sedia membayar balik pinjaman RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.

Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada saman balas yang difailkan oleh peguamnya kepada Bank Islam pada 18 Mei 2008.

"Saya percaya kalau dibicarakan kedua-dua pihak, Bank Islam dan saya bertanggungjawab. Jika bank Islam menang dalam perbicaraan selepas rayuan dan saya kena membayar. Kalau Bank Islam dan saman saya dipersetujui oleh mahkamah dan kemudian Bank Islam akan membayar kepada saya. Jadi saya terima tentang perkara ini dan saya telah membuat persediaan kewangan untuk menentukan bahawa perkara ini dapat dilakukan dan diselesaikan",katanya.

Khalid mengulas penghakiman ringkas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan beliau membayar RM66 juta kepada Bank Islam.

Hakim Rohana Yusof bagaimanapun menetapkan 16 September depan untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Khalid.

Khalid sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Q-Cells Malaysia Sdn Bhd, Andaman Realty Sdn Bhd dan Metro Kajang Holdings, di Shah Alam Convec, petang tadi.

Perjanjian ini melibatkan pemasangan solar sistem oleh Q-Cell di Galeri Jualan PKNS di Taman Sains Selangor 2 di Cyberjaya, manakala Andaman Realty pula akan membina kampus dan asrama untuk SEGi College.

Sementara Metro Kajang Holdings Berhad akan memajukan sebahagian kawasan perumahan di taman berkenaan.

Terdahulu, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dalam ucapannya berkata, PKNS telah membelanjakan lebih RM600 juta untuk membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur di Taman Sains Selangor 2, membabitkan kawasan lebih 300 hektar.

Pada majlis itu, Khalid turut melawat model pembangunan yang akan dilaksanakan di taman itu, membabitkan 40 peratus kawasan industri, 10 peratus kawasan kormersil, 12 peratus perumahan dan selebihnya kawasan rekreasi dan kemudahan asas.



1 ulasan:

  1. banyak wang yg nak diguna tu ! Darimana ya . Yang hairan tu ,macamana bolih dapat saham sebanyak tu dan macamana pengagihannya dilakukan .Dengar cerita ada cerita2 menarik sewaktu pengagihan dan pengapungan saham tersebut . Cerita la sikit .Tak silap , masa tu DSAI Menteri Kewangan . Krono2 lain apa cite .

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.