Kedua-dua pintu masuk itu dikunci dan hanya pihak tertentu serta mempunyai urusan penting sahaja dibenarkan masuk. Ini disifatkan sebagai kerajaan negeri tidak mesra pengguna dan kejadian mengunci pintu pagar juga menyusahkan rakyat.
Kordinator Flat Taman Pertama, R Mogana Rani berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak mengaplikasikan slogan Perdana Menteri iaitu rakyat diutamakan.
Beliau yang ditemui di pekarangan SUK di sini, meluahkan rasa kecewanya apabila beberapa ahli jawatankuasa flat berkenaan tidak dibenarkan masuk dalam kawasan itu.
“Kami sampai di sini kira-kira jam 10 pagi dengan tujuan untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Walaupun kami seramai 11 orang, tetapi kami datang berasingan dan mereka yang datang awal dibenarkan masuk, manakala beberapa orang yang datang kemudiannya tidak dibenarkan masuk tanpa alasan munasabah,” katanya.
Katanya, apabila mereka mempersoalkan tindakan itu, beberapa pegawai mendakwa bangunan SUK akan dikunci selama dua minggu atas sebab tertentu termasuk alasan politik.
Mogana berkata, keadaan itu menggambarkan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku di bangunan berkenaan pada bila-bila masa.
“Perbuatan pihak pentadbiran SUK ini juga seolah-olah tidak menghormati hak rakyat dan melayan rakyat dengan tidak bersopan. Kami datang sebagai rakyat dengan niat untuk menyampaikan masalah kami kepada Menteri Besar, tetapi kami pula dihalang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.