Kawasan suci ini yang menjadi testaman kepada kebangkitan rakyat era Reformasi, dan sekali lagi pada Perhimpunan 100,000 Rakyat menuntut pilihanraya adil dan bersih.
Mereka yang berhimpun di Masjid Negara telah mula bergerak menuju Istana Negara.
Sementara itu, 200 orang aktivis dari Masjid Jamek menuju ke Masjid Negara. Polis melepaskan gas pemedih mata dan beberapa orang aktivis telah dipukul.
Laluan keluar-masuk sekitar Masjid Jamek di tutup.
Kira-kira 200 aktivis yang rata-ratanya wanita turut melaungkan 'Mansuh ISA' di Sogo. Mereka bersiap-sedia menuju ke Istana Negara.
FRU mula memalu belantan ke perisai mengancam 'askar-askar' wanita ini.
Harakahdaily melaporkan:
1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.
Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.
Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.
Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.
1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.
Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.
Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.
Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.