25 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Pengundi Hantu Versi Ahmad Maslan

Sebagai satu taktik untuk menutup keaiban yang bakal menimpa, Barisan Nasional (BN) telah mendakwa mengesan 3,696 pemilih bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dipercayai pengundi hantu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata berdasarkan Laporan Kajian Sikap yang dibuat BN bagi pilihan raya itu, kononnya kesemua pengundi tersebut tidak dapat dikesan di alamat yang didaftarkan.

"Bila kita pergi ke sebuah rumah, kita dapati 14 pengundi didaftarkan di rumah itu, tetapi bila kita nak bagi slip mengundi kita dapat bagi pada tujuh orang sahaja pengundi.

"Tujuh pengundi lagi kita tidak dapat kesan. Dan berdasarkan tuan rumah itu, mereka tidak pernah mengenali nama pengundi tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata 961 pengundi hantu dikesan di kawasan Sama Gagah, Permatang Ara (95), Permatang Pauh (284), Bukit Indera Muda (142), Kampung Pelet (216), Kubang Semang (329), Tanah Liat Mukim 8 (74), Kampung Cross Street 2 (1,181) dan Permatang Tengah (414).

"Kita ada senarai lengkap pengundi yang tidak dapat dikesan ini," katanya.

Pakatan Rakyat ingin memberitahu Ahmad Maslan bahawa hal-hal sebegini pernah berlaku dan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di dalam siri-siri pilihanraya kecil yang lalu, terutama di Bukit Selambau yang pada ketika itu satu laporan polis telah dilakukan di balai Polis oleh Tn. Hj Abdul latif Mat Noor kerana kecewa ada pihak menggunakan alamat rumah beliau tanpa kebenarannya selama ini.

Hj Abdul Latif mengesani alamat rumahnya telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dimana terdapat 40 nama orang yang tidak dikenali menggunakan alamat rumahnya seperti yang tertera di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Namun sehingga kini kes tersebut tidak pernah disiasat dan plihanraya berjalan terus.

Isu pengundi hantu di Permatang Pasir mula-mula diutarakan oleh Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan dakwaan beliau tersebut telah dinafikan oleh Pengerusi SPR sendiri pada hari semalam.

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja,

"Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002.

"Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan.

"Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini.

Ramai beranggapan bahawa Ahmad Maslan merasakan UMNO/BN akan kalah di dalam lingkungan 3 ribu undi, maka itu dituduhnya dari awal-awal lagi terdapat lebih 3 ribu pengundi hantu sebagai langkah persediaan untuk menutup keaiban dan persediaan untuk membatalkan kemenangan PAS jika UMNO mendesak SPR untuk mematuhi dakwaannya dan sebagai langkah persediaan untuk berpilihanraya semula.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat Othman, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.