16 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Pengajaran Utk Muhyiddin

Setiap apa yang berlaku adalah dari Allah Yang Maha Esa dan tidak ada dari Yang Maha Esa itu sia-sia. Begitulah apa yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini yang sebelum ini terlalu celupar menuduh Datuk Seri Anwar sebagai pengkhianat bangsa kemudian terlalu angkuh pula tidak menarik balik tuduhan itu biar pun telah diminta.

Dilaporkan helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawanya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, demikian lapor Bernama.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut Ainon sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.


"Selepas itu beliau sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula," kata Ainon kepada Bernama di sini.

Ainon berkata kira-kira 45 minit selepas berlepas, cuaca buruk melanda dan helikoper yang mereka naiki terpaksa membuat pendaratan cemas berdekatan pusat peranginan Impian Jadi di Tuaran kira-kira 45 km dari sini.

Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.

Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata beliau bersyukur kerana semua yang berada dalam helikopter itu terselamat dan tidak cedera.

"Saya okay.. tiada ada-apa yang berlaku," katanya sambil mengakui ini merupakan pertama kali beliau mengalami saat-saat getir pendaratan cemas.

Mengulas tindakan juruterbang, Muhyiddin berkata " Saya fikir beliau (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul (mendarat cemas) kerana cuaca buruk pada ketika itu.

Muhyiddin telah menggunakan kemudahan harta kerajaan (helikopter nuri) untuk melakukan kerja-kerja partinya, UMNO bukan untuk melakukan kerja-kerja sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan biar saja Allah menegur pebuatannya kerana teguran manusia tiada satu pun yang didengar oleh Muhyiddin ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.