Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebentar tadi.
RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.
"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).
"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.
Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.
Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah terlebih awal mengecam sebarang kenaikan harga minyak tersebut.
"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," ujarnya.
PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.
Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.
Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.
"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.
Sementara itu banyak pihak menyatakan kenaikan harga minyak oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kerana pemborosan kerajaan BN di dalam mengurus dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung kenaikan harga minyak pasaran sekalipun ia bersifat sementara sepertimana yang berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM.
"Namun ia juga petanda kejatuhan kerajaan UMNO BN dengan lebih cepat," Razman, 51, dipetik sebagai berkata.

akum selamat menunaikan solat isyak dan terawikh jangan lupa dengar tazkirah sekali ia mudah-mudahan kita digolongkan dalam kalangan orang yang sabar insyALLAH. Harga minyak naik lagi dalam era 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN inilah hakikat yang kena ditanggung oleh rakyat 1 MALAYSIA pemimpin kenyang sampai buncit rakyat daif hidupnya disimpang renggam ada yang ambil tahu. Setiap seliter kita kena keluarkan duit tambahan sebanyak 25 sen untuk menampung kos pembangunan KERAJAAN BARISAN NASIONAL . Kita sepatutnya berterima kasih kepada UBN kerana memberi hadiah yang sangat mahal ini kepada rakyat 1 malaysia. Adakah dalam PRU 13 rakyat nak sokong lagi ke? tengoklah apa yang kita dapat hampeh yop. Hadiah kemerdekaan ini ditujukan kepada para pejuang umno yang tulin bertepuk soraklah kamu dengan kenaikan ini terima kasih Bongok Nyanyok.
BalasPadam