1 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : 80% Kata Perhimpunan Tak Gugat Ketenteraman Awam

Demonstrasi aman tidak sesekali menganggu ketenteraman awam. Itu pandangan majoriti rakyat. 80% responden undian sms 7 Edition juga berpendapat demikian, hanya 20% yang sependapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO BN dan juga polis yang menyifatkan demonstrasi aman boleh menggugat ketenteraman orang awam.

Sebenarnya perhimpunan Gerakan Menentang ISA (GMI), jika tidak diganggu, tidak samasekali mendatang apa-apa kemudharatan kepada ketenteraman dan keselamatan awam. Yang menyebabkan perhimpunan menjadi kecoh adalah lantaran sikap keterlalauan polis yang menggunakan kekerasan melampau ke atas peserta perhimpunan dengan menahan, mengasari dan menangkap para peserta perhimpunan.

Medan perhimpunan yang aman tiba-tiba bertukar menjadi medan untuk polis menunjukkan kuasanya dengan menggunakan water canon menyembar air kimia dan unit FRU yang menembak gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan.

Sepertimana kami laporkan semalam, bahawa kesesakan lalulintas bukanlah disebabkan oleh sebarang perhimpunan, tetapi oleh tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya dengan tujuan untuk menghalang orang-ramai kononnya dari menyertai perhimpunan yang diadakan pada hari ini.

Rakyat sudah muak dan jelek dengan sikap polis yang sebenarnya lebih bertindak untuk menjaga kepentingan parti dan pemimpin UMNO BN dan bukan untuk rakyat terbanyak.

Persoalan yang menjadi tandatanya, kenapakah kerajaan UMNO BN dan Polis begitu takut dengan usaha rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong?

Dan kenapa pula Polis bertindak lebih sudu dari kuah sedangkan Agong sendiri telah dimaklumkan tentang perhimpunan yang diadakan pada petang ini?

Apa haknya polis tiba-tiba menyekat jalan ke Istana Negara?

Apa ke jadahnya tiba-tiba polis membawa anjing-anjing pengesan dan water canon ke jalanraya untuk "membelasah" rakyat yang berhimpun secara aman?

Tidak mengapa, rakyat akan berdemonstrasi lagi selepas ini kerana itu adalah fitrah mana-mana manusia di atas dunia ini hatta orang UMNO BN sekalipun, sesiapa pun tidak boleh menyekatnya walau anda halakan seribu water canon ke arahnya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.