12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : 1Malaysia Ditipu KDN

KKementerian dalam Negeri (KDN) tidak mahu mengakui wujudnya penyelewengan dan tangan-tangan yang tersembunyi" memanipulasi jumlah undian di laman web beritanya berhubung isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kepada pengunjung kami, kami menghormati pandangan anda. Tidak ada penyelewengan dan tidak ada tangan-tangan yang bersembunyi.

"Kunjungan anda ke portal kami, sama ada mengundi untuk menyokong atau menyanggah, kami amat-amat menghargainya," kata Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib, lapor Malaysiakini.

Jumlah respons bagi soalan pertama dan keempat yang meningkat secara mendadak dan luar biasa mulai tengah hari semalam menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi.

Pada jam 4 petang kelmarin, hanya 1,499 respons memilih ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887% sewaktu semakan Malaysiakini jam 1.45 tengah hari tadi.

"Apakah rakyat Malaysia sebegitu bodoh untuk mempercayai peningkatan sedemikian tanpa manipulasi pengkalan data undian berkenaan?" tanya seorang pakar Teknologi Maklumat disini hari ini.

Sekalipun Jamilah, juga editor portal berita kementerian itu berkata, tidak menjadi polisi KDN untuk berbohong kepada pengunjung portal itu, namun ramai beranggapan disebaliknya.

"Kami menyerahkan sepenuhnya keputusan undi (untuk) ditentukan secara jujur dan telus. Kepada pihak yang mempertikaikan, berfikirlah secara matang.

"Jangan kerana (apabila) pada satu-satu apabila graf undian menunjukkan keputusan seperti mana yang dikehendaki, anda memuji.

"Tetapi pada suatu ketika yang lain, apabila graf undian berubah corak maka lain pula kata anda," katanya.

Jawapan dari Jamilah itu jelas merupakan satu cubaan untuk menjustifikasikan peningkatan luarbiasa dan mendadak terhadap keputusan undian di lamanweb KDN tersebut dan hanya boleh ditentukan apabila dilakukan siasatan forensik terhadap kandungan pengkalan data di server yang digunakan oleh KDN, jelas seorang pakar I.T.

"Kita boleh tinjau perubahan yang berlaku kepada pergerakan pengkalan data untuk melihat dan mengesan samada wujud atau tidak mnipulasi berkenaan," tambahnya lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.