16 Jul 2009

Pasca Manek Urai : BN Hadiahkan Kenaikan Tambang Bas dan Teksi

Baru saja selepas BN kalah tipis di Manek Urai, satu Malaysia hari ini terkejut dengan langkah kerajaan menaikkan harga tambang untuk kenderaan awam iaitu bas dan teksi seluruh negara.

Tambang bas ekspres dibenar dinaikkan 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini.

Sementara tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen.

Kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus.

Tambang bas mini naik 20 sen, bas pengantara 20 sen.

Kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama, manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan.

Banyak pihak membidas langkah kerajaan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, sebentar tadi dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu rakyat sewaktu "menghadiahkan bonus" sempena sambutan 100 harinya sebagai PM.

"Yang akan menderita hasil kenaikan tambang kenderaan awam ini adalah rata-ratanya penduduk miskin yang mengharapkan pengangkutan awam untuk sebarang perjalanan dan kenaikan harga yang diumumkan hari ini benar-benar mencerut leher mereka," ujar seorang aktivis masyarakat.

"Apa ertinya semua ini, apa ertinya slogan RAKYAT DIUTAMAKAN jika sebenarnya Najib dan Muhyiddin serta kerjaan BN bertindak sewenang-wenang untuk menekan dan menindas rakyat dengan kenaikan tambang pengankutan awam?" tambahnya lagi.

Sementara itu, beberapa ahli politik kesal dengan langkah kerajaan BN yang menipu rakyat kerana ia dilakukan di saat Parlimen sudah tamat persidangan dan Manek Urai sudah tamat pilihanraya.


"Ia adalah perulangan taktik kotor sewaktu menaikkan harga minyak di zaman Abdullah (sekarang Tun) apabila mengumumkan kenaikan harga minyak selepas Dewan Rakyat tamat persidangannya dan bukan sewaktu Parlimen bersidang kerana khuatir akan menerima bantahan wakil rakyat Pakatan Rakyat," tegas seorang tokoh politik PAS di sini.

"Rakyat perlu sedar taktik kotor UMNO BN ini yang sengaja mengumumkan selepas pilihanraya Manek Urai untuk menarik sokongan pengundi kerana mereka tahu jika mengumumkannya sebelum pilihanraya itu sudah pasti rakyat akan menolak mereka dengan kekalahan yang teruk. Oleh itu rakyat perlu sedar hal ini untuk tidak mengundi BN lagi di dalam mana-mana pilihanraya," tegasnya.



4 ulasan:

  1. betul laa tuu...
    orang yang naik bas ngan teksi kan orang kaya...
    memang patut tambang di naikkan...
    lagi elok insuran dan roadtax kereta 2.0L ke atas dikurangkan 50 peratus kerana golongan yg berkenderaan begini tidak mampu dan pendapatan rendah...

    debatapasaja.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tahniah KJ dan SPR bawa pengundi muda luar mengundi di manek urai, upah naik tambang bas...

    BalasPadam
  3. Apa kata penyokong tegar UMNO-BN....? Inilah akibatnya menyokong kerana rasuah semua rakyat yang menggunakan pengangkutan awam terpaksa membayar lebih untuk pengangkutan yang tidak berkualiti.

    Untuk pencacai UMNO.... bersoraklah anda dengan kesusahan yang ditanggong oleh ahli keluarga anda sendiri... padan muka.

    BalasPadam
  4. tindakan yang sangat bodoh oleh kerajaan bn, tak cukup dengan menaikken tambang bas dan teksi sekarang bn tengah tunggu masa pula nak umumkan kenaikkan tarif letrik. syabas penyokong dan pengundi bn.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.