Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.
"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.
Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.
Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.
Semalam, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.
MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.
Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.
Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.
Persoalan kini ialah:
1) Sewaktu tindakan perobohan hendak dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), pemimpin DAP Negeri termasuk Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su turut berada ditempat kejadian dan merayu agar tindakan tersebut ditangguhkan kerana mereka masih di dalam usaha untuk mencari tapak baru.
Mengapa tiada belas ikhsan dan tiada rasa simpati pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan rayuan dan bantahan itu?
2) Sekalipun DAP Negeri telah mengnhantar surat untuk memhon tempoh sebulan dan tempoh itu berakhir, apakah kerajaan negeri perlu bertindak dengan membelakangkan konsep mesyuwarah dengan menjadi robot yang tepat pada waktunya kita melaksanakan tugas merobohkan premis berkenaan tanpa terlebih dahulu bertanya dan mempertimbangkan masalah-masalah yang mungkin mereka hadapi untuk mencari tapak baru?
3) Tindakan perobohan premis berkenaan tidak ubah seperti tindakan kerajaan UMNO BN di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu yang kemudiannya mengakibatkan ledakan kemarahan rakyat yang menolak tindakan kerajaan negeri berkenaan. Apakah kerajaan Kedah tidak pernah belajar dari rentetan peristiwa berkenaan?
4) Bangunan tersebut boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain setelah ianya disamak (dibersihkan) dan diubahsuai. Ia tidak perlu dirobohkan kerana pembinaannya sepastinya telah megeluarkan belanja yang banyak oleh pemiliknya. Jika Kerajaan Negeri Kedah tidak mahu menggunakan bangunan tersebut, pihak DAP dan masyarakat bukan Islam boleh diminta untuk menggunakan premis berkenaan untuk tujuan yang lain selain menjadi pusat penyembelihan khinzir dan sekali lagi kita tegaskan TINDAKAN PEROBOHAN itu amat TIDAK DIPERLUKAN.
5) Di dalam sejarah, belum berlaku tindakan merobohkan bangunan secara zalim dilakukan oleh Rasulullah. Malah di zaman Nabi Ibrahim sekalipun, sewaktu Kaabah dijadikan pusat menyembah berhala oleh golongan musyrik, Kaabah tidak dirobohkan sebaliknya hanya patung-patung dibersihkan darinya.
6) Lagipun menurut SU Akhbar MB, Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.
"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.
Mengapa tidak boleh menunggu sehingga rancangan berkenaan benar-benar telah dapat dijayakan dan mengapa tiada kesabaran di dalam melakukan tindakan sehingga sanggup mengorbankan kesetikawanan dengan bertegas di dalam keadaan dimana kita masih boleh bertimbang-rasa? Apakah tempoh sebulan yang diberikan itu adalah "tempoh mati" yang tidak boleh dianjak semata-mata kita berkuasa?
Apakah tempoh sebulan memadai untuk mendapatkan tapak baru? Di mana letak akal budi pemimpin kerajaan negeri kedah di dalam soal ini?
Sukar untuk menjalin kesetiakawanan yang telah dibina dan dipupuk sejak zaman Almarhum Ustadz Fadzil Mohd Noor, tetapi mudah untuk dimusnahkan oleh pemimpin PAS kini.
Dan yang utama mengapa memberikan manek-manek kemenangan kepada UMNO BN dengan menghadiahkan kepada mereka isu-isu yang boleh dijadikan modal kepada mereka untuk menghentam PAS di saat kita sedang menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai?
Entahlah...susah dan payah lagi sukar untuk difahami...mengapa dan sebab apa PR kita ni nampak terlalu "brittle". Apakah masing-masing mau tunjuk kuat dan mereka ada "bargaining power" yang mampu meruntuh dan menguatkan PR?. Jenuh DSAI menjernihkan kes UG, datang pula kes mengharukan ini...sedih dan malu...
BalasPadamJangan nak mempertahankan babi. Isu tempat sembelihan babi tu dah berapa kali dah DAP Kedah keluaq dari Pakatan Rakyat. Tempat yang sama. Mai duduk kat kawasan perumahan yang ada tempat sembelihan babi tu kalau nak pertahankan tempat tu. Kawasan tu dikenali sebagai Kg Berjaya. Kg orang Melayu duduk. Kenapa tak pasai2 ada tempat sembelihan kat kg melayu? BN Kedah tak pernah buat apa2 waktu depa perintah. Bukan bangsa Melayu je tak tahan dengan bau, bangsa lain pun serupa. Takkan nak pertahankan tokey yang sorang berbanding majoriti masyarakat yang ramai?
BalasPadamJenus DSAI jernihkan...he he he
BalasPadamSaya yakin YAB Dato' Ustaz MB mampu selesaikan dgn cara yang terbaik. Harap DAP Kedah tidak menjadikan emosi mengatasi kewarasan. Kalau premis-premis abbatoir yang tidak berlesen di benarkan, pihak lain juga mahu mendirikan sama. Penjajapun mahu. Jadi pekan kita seperti bandar cowboy. Kalu kita berfikir secara positif, tentu kita mengambilkira, misalnya kita harus ingat telah 30 tahun toleransi diberikan oleh masyarakat/ pihak berkuasa kita. WE should be grateful and thankful. Kedua, harap tidak berfikiran negatif, misalnya.."PAS anti non Malay" etc. (Sesiapa saja, Melayu, Cina atau India) TELAH diusir jika tidak ikut peraturan. That is the fact. Both PAS and DAP must not be arrogant. We NEED one another. If one of us stood alone in the last general election, jangan harap kita dapat menang banyak kerusi DUN atau Parlimen ! Sorry..kirim salam! You CAN'T. Harus bertoleransi. Pihak berkusa menjalankan urusan dan tugas mereka berdasarkan keputusan dan udang2 sedia ada, bukan "anti" mana2 kumpulan.
BalasPadamKalau dah 30 tahun beroperasi tanpa lesen itu betul,cukuplah kut buat kerja tanpa menghormati kerajaan,dari BN samapai PR.Penduduk taman sekitar menderita bagitu lama dah.Buat kerja haram lepas tuu tak hormat org lain.Sisa dibuang sesuka hati..apa nii>patut kerajaan BN sman lama dah..itulah kelemahan kita yg dieksploit oleh org lain.
BalasPadamSyabas kpd MB dan PAS Kedah. Ini yg UMNO tak berani buat. Syabas. Jgn khuatir, tak lama lagi kawan kita tu akan masuk balik. Mana dia nak pergi. Sebenarnya mereka yang bergantung dengan kita, bukan sebaliknya. Dia keluar pun tidak jejaskan kerajaan kita. Biarlah dia merajuk. Sekejap saja tu. Jangan jadi macam umno yg cakap saja berdegar2 tapi isu babi berpuluh tahun tidak berani nak atasi. Memang betul, kepentingan majoriti perlu dipertahankan berbanding tauke babi penyebar selsema babi tu yang hanay beberapa kerat saja. Bravo, aku mmg respect sungguh dgn MB kita ni.
BalasPadamnak tangguh sampai bila??? 1 bulan 2 bulan.??? 1 tahun??? 2 tahun??? next 30 years????? kenapa kita perlu mengalah setiap kali... kalau DAP boleh keluar.. kenapa PAS tak boleh cakap pasai Unity Government???? masing masing parti ada kebebasan untuk mempertahan prinsip parti masing masing
BalasPadamDAP saja nk cari political milage. Satu lg, inilah cara yg betul nk ajar tokei2 babi tu yg selama ini memberi kesusahan kpd penduduk sekitar.
BalasPadamdah 30 tahun dah takdak lesen..untung berjuta2 ..penduduk berdekatan menderita..mintak sebulan orang dah kasi..then nak layan lagi ka..nanti nak minta tangguh lagi? tangguh lagi 30 tahun? time prang nak buat kerajaan perpaduan ..kutuk gila PAS..sekarang diaorang senang2 keluar pakatan..orang macam nih boleh percaya ka..umno pun teruk jugakk..DAP pun berlagak sial
BalasPadamYang menyokong tindakan MB Kedah kebanyakannya emosi seperti terkena sawan H1N1. Hujjah-hujjah bernas GB tak dapat disangkal. Yang penting Rasululah dan para Nabi tak pernah robohkan apa-apa bangunan.
BalasPadamIa jelas sangat satu tindakan yang lansung tidak berdasarkan syari'e.
Dulu marah Khir Toyo dan Idris Jusoh, sekarang roboh bangunan, skrg kita sendiri lakukan.
Jelas bahawa yang menyokong tindakan MB Kedah adalah golongan UG yang ultra-Malay yang sukakan sikap perkauman yang sempit.
remy said...
BalasPadamYang menyokong tindakan MB Kedah kebanyakannya emosi seperti terkena sawan H1N1. Hujjah-hujjah bernas GB tak dapat disangkal. Yang penting Rasululah dan para Nabi tak pernah robohkan apa-apa bangunan.
Ia jelas sangat satu tindakan yang lansung tidak berdasarkan syari'e.
Dulu marah Khir Toyo dan Idris Jusoh, sekarang roboh bangunan, skrg kita sendiri lakukan.
Jelas bahawa yang menyokong tindakan MB Kedah adalah golongan UG yang ultra-Malay yang sukakan sikap perkauman yang sempit.
July 2, 2009 1:03 PM
.................................................
En remy,
Jgn lah anda terlalu emosi, seolah2 anda ada kongsi sama bisness haram tu!! Tindakan MB tu mmg patut kita semua sokong kerana :
1.Pusat sembelihan tu beroperasi secara haram.
2.Aktiviti pusat itu menyebabkan penduduk sekitar hidup dalam keadaan cukup terganggu. (cubalah jika en remy dlm kedudukan mereka). Jgn fikir hanya bau busuk yg terhasil sahaja tetapi fikirkan penyakit2 yg terhasil dari makhluk ini. Belum campur perasaan jijik kita lagi!!
3.Tindakan itu adalah untuk faedah kpd majoriti berbanding dgn hanya 1,2 orang tauke sahaja. Ini bersesuian dgn ajaran islam.
4.Mereka sudah berjanji dan ingin bertangguh 1 bulan. Kerajaan pegang janji mereka. Ini juga melambangkan islam yg pegang pd janji!!
5.Pusat ini juga sudah beroperasi selama 30 tahun secara haram tanpa tindakan kerajaan yg lalu. Apa lg yg mereka mahu. Mereka ini lah yg sepatutnya dikenakan tindakan kerana beroperasi tanpa lesen.
Jadi en remy, elakkanlah diri terlalu dibuai emosi. Sebagai manusia, agak menghairankan kenapa anda begitu terganggu dgn tindakan MB ini. Sepatutnya kita bersyukur kerana MB ada kekuatan bertindak demi keselesaan semua penduduk disitu, tidak kiralah apa bangsa dan agama mereka. Setiap manusia dikurniakan hidung dan deria bau yg serupa.
saya sokong penuh tindakan kerajaan PAs Kedah.
BalasPadamjangan bagi muka kat DAP tu. mereka saja nak tunjuk yg mereka begitu mempertahankan nasib kaum mereka.
ada satu kerusi dah sibuk nak tunjuk belang!
ezzadi said...
BalasPadamsaya sokong penuh tindakan kerajaan PAs Kedah.
jangan bagi muka kat DAP tu. mereka saja nak tunjuk yg mereka begitu mempertahankan nasib kaum mereka.
ada satu kerusi dah sibuk nak tunjuk belang!
*************
Sikap ultra malay yang sepatutnya duduk bawah tempurung.
Anonymous said...
BalasPadamJgn lah anda terlalu emosi, seolah2 anda ada kongsi sama bisness haram tu!! Tindakan MB tu mmg patut kita semua sokong kerana :
1.Pusat sembelihan tu beroperasi secara haram.
2.Aktiviti pusat itu menyebabkan penduduk sekitar hidup dalam keadaan cukup terganggu. (cubalah jika en remy dlm kedudukan mereka). Jgn fikir hanya bau busuk yg terhasil sahaja tetapi fikirkan penyakit2 yg terhasil dari makhluk ini. Belum campur perasaan jijik kita lagi!!
3.Tindakan itu adalah untuk faedah kpd majoriti berbanding dgn hanya 1,2 orang tauke sahaja. Ini bersesuian dgn ajaran islam.
4.Mereka sudah berjanji dan ingin bertangguh 1 bulan. Kerajaan pegang janji mereka. Ini juga melambangkan islam yg pegang pd janji!!
5.Pusat ini juga sudah beroperasi selama 30 tahun secara haram tanpa tindakan kerajaan yg lalu. Apa lg yg mereka mahu. Mereka ini lah yg sepatutnya dikenakan tindakan kerana beroperasi tanpa lesen.
*******************
Anda seorang yang terlalu sempit pemikiran sedangkan aktiviti penyembelahan telah pun diberhentikan 26 Jun yang lalu. Jadi kenapa sibuk nak robohkan bangunan tersebut?
DAP otak sempit.. ikut law la,kalau xnk ikut law p duk dlm hutan..
BalasPadamjgn buat perangai serupa komunis..
Anonymous said...
BalasPadamDAP otak sempit.. ikut law la,kalau xnk ikut law p duk dlm hutan..
jgn buat perangai serupa komunis..
***************
Orang PAS pun ramai tak ikut LAW.
Bangunan PASTI dan markas pun ada yang x der CF.
amacam kalau kena p duk dlm hutan..
jgn buat perangai serupa komunis..
kalo operasi dia dh henti. isunya skg dia tak ikut undang2 beroperasi secara haram! Jadi bangunan tu patutlah dimusnahkan, takut ada kuman selsema babi kat situ! Itu pun payah nk pike ke. Yg sdr nk defend sgt pengusaha haram tu apsal? Patut kita sokong MB kita, ini pelecehkan pulak lg. Jgn2 kaki2 umno buat provok ni..
BalasPadam