3 Jul 2009

MANEK URAI : PKR KEDAH TAK IKUT JEJAK DAP KEDAH

Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Ahmad Kassim menafikan bahawa kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan turut ikut jejak DAP di negeri itu.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, perkara itu merupakan propaganda pihak tertentu yang ingin melihat Pakatan Rakyat (PR) berpecah.

"Kita tidak pernah berhasrat untuk keluar dari PR, saya jamin pimpinan dan ADUN PKR di Kedah tidak pernah terlintas untuk melakukan perkara sedemikian.

"Dalam PR kita boleh menyelesaikan perkara ini sesama kita dan tidak perlu mencanangnya diluar keluarga PR," katanya ketika dihubungi di sini.


2 ulasan:

  1. buangkan masalah remeh temeh perkukuhkan lagi Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  2. takpelah kalau DAP negeri nak keluar, lagipun adun tu tidak berniat nak sertai BN. Moga mslh tersebut cepat selesai. Biasalah dugaan tadbir negeri u kerajaan baru. MB kedah pun bukan maksum boleh puaskan hati semua pihak. Isu babi ni amat sensitif pada umat Islam dan bukan Islam juga. Moga PR dapat berbincang dan selesaikan isu ni cepat dan uruskan negeri dengan baik.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.