Isu tersebut menuntut setiap diri kita menyemak semula samada tindakan yang dilakukan itu samada bertepatan dengan nas syari'e atau pun tidak supaya kesilapan yang sama tidak berulang. Apa tah lagi isu itu telah dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh UMNO BN untuk memaparkan seolah-olah Pakatan Rakyat sudah berada di ambang keruntuhan.
Persoalan pokoknya: Perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.
Ada yang berhujjah dan berhelah untuk mewajarkan tindakan perobohan bangunan tersebut dengan menyatakan isu ini adalah persoalan undang-undang semata-mata, tiada isu keagamaan atau bangsa.
Namun ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian:
Aktiviti penyembelihan babi telah diberhentikan pada 26 Jun 2009. Ini bererti pihak berkenaan (pemilih bangunan tersebut) telah mengambil sikap untuk mematuhi undang-undang. Ia adalah sikap terpuji dan bererti mereka tunduk dan patuh kepada arahan kerajaan negeri untuk tidak menjalankan lagi operasi berkenaan.
Justeru kenapa pula kita mengambil sikap melampaui batas dengan merobohkan bangunan mereka? Itu bukannya bangunan awam tetapi hak milik persendirian dan sebarang perobohan perlu meminta izin dari pemiliknya.
Ada nas yang melarang kita untuk tidak melampaui batas di dalam mengambil sesuatu tindakan.
Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang mengharamkan kita melakukan kezaliman dan memburukkan orang kafir yang telah menerima sistem kerajaan Islam (al-dzimmah) apatah lagi mereka sama-sama mempunyai wakilnya sekalipun seorang di dalam kerajaan di negeri Kedah.
Dasar kepada konsep toleransi yang menguasai sifat orang-orang Islam dalam pergaulan mereka dengan orang-orang yang menganut agama lain adalh terpancar melalui arahan Al-Quran untuk kita menerima perbezaan kehidupan beragama sertai meraikan perbezaan itu.
Firmanullah:
"Jikalau Tuhanmu mengkehendaki tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu tetapi mereka sering berselisih pendapat" (Hud :118)
Seseorang Islam tidak boleh membenci orang yang bukan Islam kerana ia adalah satu celupan Allah dan setiap kehendak Allah (untuk seseorang itu menjadi Islam atau kafir) adalah di dalam lingkungan rahsia Dia yang mempunyai hikmmah yang tidak dapat diselami oleh akal manusia. Dengan sebab itu seseoang Muslim tidak sepatutnya memikirkan untuk memaksa manusia kesemuanya menjadi orang-orang Islam belaka. Apatah lagi untuk membenci yang bukan Islam bersandarkan kepada sifat qaumiah. Ini didasarkan kepada Firmanullah:
"Dan jika Tuhanmu mengkehendaki tentulah beriman semua orang yang ada di mukbabumi ini. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang beriman semuanya?" (Yunus:99)
Kita tidak boleh membenci orang bukan Islam dan sebagai seorang mukmin kita hendaklah berlaku adil serta tidak mempunyai ciri membenci mereka mengikut sentimen keagamaan jauh sekali "kebangsaan".
Firmanullah s.w.t.
"Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Belaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa." (Al-Maidah : 8)
Firmannya lagi:
"Allah tidak menghalang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Mumtahanah:8)
Ada juga beberapa hadith yang memberi ingatan supaya jangan dizalimi orang yang bukan Islam yang terdiri daripada 'ahl-al-'ahd dan ahl-dzimmah. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang berada di bawah kerajaan yang diperintah oleh Islam (mu'ahad) atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu di luar kekuasaannya atau mengambil suatu yang menjadi miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka aku adalah penentangnya di hari kiamat." (Riwayat Abu Dawud dan Al-Baihaqi).
Sabda baginda lagi:
"Sesiapa yang menyakiti seseorang kafir yang duduk di bawah pemerintahan Islam, maka akulah musuhnya dan sesiapa yang menjadi musuhnya nescaya aku akan memusuhinya di hari kiamat kelak."
Sabdanya lagi:
"Sesiapa yang menyakiti seorang dzimmah maka sesungguhnya ia telah menyakitiku dan sesiapa menyakitiku sesungguhnya ia telah menyakiti Allah".
Abu Yusof telah meriwayatkan dalam kitab "Al-Kharaj" apa yang terdapat dalam perjanjian Rasulullah s.a.w. dengan penduduk Najran; "Untuk Najran dan wilayah pemerintahan Allah dan tanggungjawab RasulNya mengawal harta benda mereka, agama mereka, tempat ibadat mereka dan setiap apa yang mereka miliki, sedikit atau pun banyak..."
Saidina Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya sering mengambil berat terhadap sebarang perlanggaran hak bukan-Islam oleh pegawai-pegawai Islam di bawahnya dan akan sering menyoal setiap orang yang datang menemuinya yang berasal dari wilayah-wilayah yang telah menyatakan ketaat-setiaannya kepada pemerintahan Islam kerana beliau amat bimbang kalau-kalau ada diantara orang-orang Islam yang menyakiti mereka.
Dalam satu pesanan Umar kepada Abu Ubaidah bin Al-Jarrah:
"Hendaklah kamu menahan orang-orang Islam daripada menzalimi orang bukan Islam dan dari melakukan apa-apa kemudharatan terhadap mereka dan laranglah orang-orang Islam daripada memakan atau memusnahkan harta benda mereka."
Dr. Yusof Al-Qardawi menyatakan "sesiapa yang mencuri harta benda seseorang bukan Islam ia dipotong tangannya, sesiapa yang merampasnya dikenakan denda dan harta yang dirampas dipulangkan kepada tuannya dan yang merosakkan hartanya dibayar setimpal dengan harganya".
Kita belum lagi dapat menjalankan sistem kerajaan Islam seperti mana dituntut oleh Allah dan RasulNya namun perjalanan ke arah itu sedang dimulai dengan diberikan kemenangan kepada kita untuk mentadbir beberapa negeri supaya kita dapat menunjukkan sistem keadilan Islam agar ianya menjadikan bukan-Islam mengkagumi dan menerima sistem Islam.
Namun apa yang berlaku di Kedah memaparkan keadaan di sebaliknya. Di saat mereka (bukan Islam) cuba secara beransur untuk mengikuti dan memahami kita (dengan memberhentikan aktiviti penyembelihan khinzir di tempat yang mendatang masalah) kita mengambil sikap keras untuk merobohkan premis mereka sesudah itu.
Ia laksana menembak musuh yang sedang mengangkat tangan menyerah kalah. Sungguh hinanya kita dan itu zalim namanya.
Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w.
"Doa orang yang dizalimi itu - biarpun ianya seorang kafir - tidaklah ada di hadapannya apa-apa hijab" (Riwayat Ahmad di dalam Masnadnya).
Sekalipun hendak dilakukan apa-apa projek atau perancangan lain di tapak tersebut, ia mestilah dengan keizinan dan kerelaan pemilik bangunan dan tanah berkenaan tanpa mengira muslim atau non-muslim, bukan meroboh dan merampas sesuka hati. Ia tidak lansung diizinkan oleh Islam.
Saya dengan dengan rendah hati meminta Kerajaan Kedah dan sekalian yang mewajarkan tindakan merobohkan bangunan milik bukan Islam yang telah memberhentikan kegiatan penyembelihan itu mengemukakan dalil-dalil syarie yang mewajarkan tindakan itu dilakukan di dalam satu wacana ilmiah (meminjam istilah orang muda dalam PAS).
Menyelesaikan masalah adalah kriteria pemimpin ulung. Itu yg diperkatakan.
BalasPadamSyabas akhi GB. Way to go.
BalasPadamKerajaan Kedah perlu membayar pampasan kepada pemilik bangunan yg dirobohkan - jika berdasarkan sistem pemerintahan Islam.
Tindakan sewenang-wenang yang tidak mencerminkan sistem kerajaan Islam sebenar akan hanya mencemarkan Islam di mata non-muslim.
Diperburukkan oleh umat Islam yang fanatik tak tentu pasal. Berhujjah tanpa ilmu, tanpa nas tetapi melalui sentimen assabiyah melulu yang telah diajar dan dibekalkan oleh UMNO kepada umat Islam dn orang Melayu sekian lama.
Aktiviti penyembelihan babi telah diberhentikan pada 26 Jun 2009. Ini bererti pihak berkenaan (pemilih bangunan tersebut) telah mengambil sikap untuk mematuhi undang-undang. Ia adalah sikap terpuji dan bererti mereka tunduk dan patuh kepada arahan kerajaan negeri untuk tidak menjalankan lagi operasi berkenaan.
BalasPadam************
Bab itu saya rasa MB Kedah tidak berfikiran waras.
Itu alamat Kerajaan Kedah dah nak tumbang kerana keangkuhan yang ditunjukkan.. nak keluar keluarlah... baru dapat kuasa yg sedikit dah tunjuk ego.
Lagipun yang menyokong tindakan beliau kita dah kenal siapa.. iaitu kumpulan ultra Malay seperti YB Zulkifli Nordin, Pemuda PAS Trengganu dan sekalian pendokong UG.
Saidina Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya sering mengambil berat terhadap sebarang perlanggaran hak bukan-Islam oleh pegawai-pegawai Islam di bawahnya dan akan sering menyoal setiap orang yang datang menemuinya yang berasal dari wilayah-wilayah yang telah menyatakan ketaat-setiaannya kepada pemerintahan Islam kerana beliau amat bimbang kalau-kalau ada diantara orang-orang Islam yang menyakiti mereka.
BalasPadam********************
Jika Saidina Umar Al-Khattab masih hidup rasanya mahu ditamparnya MB Azizan yang menjawab "Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau nak kata kurang layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri telah beri layanan baik untuk semua,"
Jangan bermain ikut sentimen! Tak perlu robohkan bangunan sedia ada. Tutup je premis tu, habis cerita. Jangan kerana nyamuk, kelambu pula dibakar. UMNO/BN akan gelak dengan kerja-kerja BODOH sebegini. Saya tak nampak pun muka UMNO yg sokong isu ini... Ini bermakna UMNO telah berjaya mengambil peluang disebalik isu yg berlaku. MB Kedah janganlah bersikap angkuh dengan mengenepikan kepentingan rakyat berbangsa lain di Kedah ini. Kafir zimmi pun ada hak-haknya yg perlu ditunaikan...
BalasPadam