1 Jul 2009

MANEK URAI : Kenapa Kerajaan Kedah Tak Rujuk Rakan Dalam PR?

DAP Pusat akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan langkah DAP Kedah yang memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Sementara itu beberapa pihak melihat tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan YAB Ustaz Azizan Abd Razak bukan sesuatu tindakan yang bijak terutama di saat kita sedang menghadapi pilihanraya Manek Urai.

"Kenapa kita beri modal untuk UMNO/BN untuk menyerang pakatan Rakyat ketika ini." keluh seorang ahli PAS di Kedah.

Sementelah lagi kita tidak sepatutya mengikut cara UMNO BN menyelesaikan sesuatu isu yang sensitif seperti langkah Khir Toyo merobohkan kuil dan surau di Selangor yang telah mengakibat kekalahan besar parti UMNO BN di Selangor.

"Bangunan tersebut tidak bersalah. Ia boleh ditutup, disamak (dibersihkan) dan kemudian digunakan untuk tujuan lain. Kenapa perlu ambil tindakan merobohkan? Banyak sangatkah duit kerajaan Kedah untuk bina bangunan baru?" bentak seorang ahli PAS yang lain.

"Apakah ini penangan dari isu Kerajaan Perpaduan yang taksub kepada bangsa?" tambahnya.

Seorang forummer di Tranungkita Online, ajai, turut mempersoalkan tindakan MB Kedah tersebut.

Terkejut juga aku tengok Edisi 7 NTV7 tadi (antara berita yang tepercaya berbanding RTM dan TV3) bila Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah/Perlis umum tarik diri dari PR Kedah. Namun demikian, bila aku lihat sikap Azizan Razak, MB Kedah, aku jadi tak hairan pun bila ada yang tak puas hati. Azizan ni lagak dia memang macam keras kepala sedikit dengan satu geng pun dia buat tak berapa peduli.

Ini berbeza dengan Khalid Ibrahim, MB Selangor walaupun ada yang kritik sikap degil dia, tapi hati batu dia pada UMNO dan penyelewengan bukan pada rakan dalam PR. Bila rakan dalam PR bersuara, dia dengar dan pertimbangkan.

Pandangan aku, walaupun PAS boleh mentadbir Kedah sendirian (majoriti mudah saja pun), jangan angkuh. Tidak perlu mendabik dada dengan Kelab Penyokong PAS yang bukan Islam tu sebab PAS perlu kepada PKR untuk meneutralkan imej totok parti itu kepada golongan pertengahan dan sekular, serta perlu kepada DAP bagi meneruskan arus sokongan Cina dan India. Yang paling penting, imej pada peringkat negeri melambangkan imej pada peringkat pusat.

Kedah tak macam Kelantan, minoriti bukan Islam besar juga bilangannya. Kalau PAS Kedah berkeras nak laksanakan dasar-dasar dia saja tanpa merujuk pada rakan dalam PR atas sebab merasakan yang mereka boleh memerintah sendirian, ingatlah... kalau nak perintah sendiri setakat majoriti mudah saja, tak lebih. Sikap begini langsung tidak memperkasa sebaliknya meranap imej PR sebagai gabungan untuk semua bangsa dan agama.




14 ulasan:

  1. Ustaz azizan...alahai macam mana nih.

    BalasPadam
  2. kita tunggu jelah keputusan esok. jangan sampai berburuk sangka sampai terfitnah. berblog pun berblog juga tapi janganlah jatuhkan hukuman sewenang-wenangnya sebelum kita dengar cerita kedua-dua pihak. cepat sangat kita hukum ustaz azizan tanpa tau detail

    BalasPadam
  3. sai said...
    kita tunggu jelah keputusan esok. jangan sampai berburuk sangka sampai terfitnah. berblog pun berblog juga tapi janganlah jatuhkan hukuman sewenang-wenangnya sebelum kita dengar cerita kedua-dua pihak. cepat sangat kita hukum ustaz azizan tanpa tau detail

    ****************
    tak tau detail?
    semua dah terpapar, bangunan dirobohkan. ada ker zaman rasulullah dirobohkan hak milik bukan Islam?

    BalasPadam
  4. sedara any 11.29, detail tu maksudnya penerangan dari semua pihak. bukan tempat kejadian. kita ni jangan sampai buat dosa fitnah je tiap hari. Yang robohkan bukan ustaz azizan tapi majlis perbandaran. DAP cakap lain, ustaz azizan cakap lain. so kita ni tahu ke siapa sebenarnya yang salah? Apa hijab saudara tu terbuka luas ke sampai tahu siapa sebenarnya salah? kalau berdosa pada orang lain ,kita kena minta maaf pada org tu. Faham??????????????

    BalasPadam
  5. lagi satu saudara any 11.29 (lain kali letak la nick name), ustaz azizan beri beritahu dah minta DAP cari tempat lain yang sesuai utk ganti tempat tersebut. dah beri tempoh sebulan. tapi lps sebulan tiada apa-apa perkembangan. MB kedah siap tulis surat pd MBAS suruh tangguh sebulan. nanti kalau MB kedah masih beralah, org lain ckp lain plak, PAS tunduk pada DAP lah, pada isu babi lah. Sy pun kurang setuju tindakan robohkan tempat tu, tapi baiklah kita dengar dulu apa keputusan esok. Sbb DAP cakap lain, MB kedah ckp lain, jadi kita masih tak tahu siapa yang salah atau silap dlm isu ini. Apa saudara sokong plak tindakan DAP yg keruhkan hbgn PR dgn tiba-tiba keluar PR tanpa bincang dgn DAP pusat? lepas keputusan esok saudara any nak komen apa pun komen la. nak kutuk MB kedah ke saya ke itu hak saudara. sy pesan supaya kita ni jauh dr fitnah, tetapi saudara lbh suka hampiri fitnah dan serkap jarang, terpulanglah. Ok

    BalasPadam
  6. saai said

    Sbb DAP cakap lain, MB kedah ckp lain, jadi kita masih tak tahu siapa yang salah atau silap dlm isu ini. Apa saudara sokong plak tindakan DAP yg keruhkan hbgn PR dgn tiba-tiba keluar PR tanpa bincang dgn DAP pusat? lepas keputusan esok saudara any nak komen apa pun komen la. nak kutuk MB kedah ke saya ke itu hak saudara. sy pesan supaya kita ni jauh dr fitnah, tetapi saudara lbh suka hampiri fitnah dan serkap jarang, terpulanglah. Ok

    ****************

    Itu bukan fitnah ler, itu kebenaran. apa pulak amik tindakan merobohkan bangunan, kepala hotak kamu berjambul.

    dan kamu berkata

    Apa hijab saudara tu terbuka luas ke sampai tahu siapa sebenarnya salah? kalau berdosa pada orang lain ,kita kena minta maaf pada org tu. Faham??????????????

    Awak tu siapa plak nak menguhukum orang berdosa? Kenapa sampai awak mengambil kerja-kerja Tuhan? Yang awak tu berdosa x apa?

    Ini semua angkara kuncu-kuncu Kerajaan Perpaduan. Babi-babi KP berkeliaran dilepaskan UMNO ke dalam PAS

    BalasPadam
  7. sy bukan nak menghukum, tapi kalau kita tuduh org sesuka hati dan kalau perkara tu bukan dia yg mulakan, dah jadi fitnah, memangla berdosa, apa tak belajar agama ke? wah awk ckp memang hebat, sampai guna babi lagi, dah tak eknal babi dgn manusia ke. moga Allah tunjukkan awk jalan yg lurus dan ke arah kebenaran, bukan main ckp membabi buta .moga tiada lg org mcm awk ni dlm PR, payah nanti fitnah berleluasa. peresan heabt dr pemimpin sampai suak-suka tuduh org lain itu ini. bagus bagus sikap mcm nilah yg 'patut' diamalkan dlm Islam. tahniah yer

    BalasPadam
  8. lagi satu, mungkin saudara any ni lbh layak kot jd pemimpin. mungkin PR akan lbh utuh jika saudara jd pemimpin sbb akan jadi sikap dgr berita dr sblh pihak saja, serkap jarang, tuduh menuduh dan berkata kesat berleluasa dlm PR. tahniah skali lg

    BalasPadam
  9. lps ni sy pun malas nak komen. payah beri pndgn pd org yg perasan di je yg betul ni. saudara tak rasa apa-apa ke tuduh ada babi dlm PAS. apa kita ni mulia sgt smpai labelkan org lain babi? cuma pesan sy pd saudara any, jika saudara gembira dgn sikap saudara yg blh memecahbelahkan org skrgn ni, teruskan lah hidup begini. jika saudara nak berubah ke arah kebaikan, sy doakan saudara jd begitu. jgn lah kita ni mengaku penyokong PR, tetapi sikap dan perangai sama je dgn umno/bn. nak beri komen pun berilah dgn ilmu dan iman, bukan dgn nafsu dan makian. Wallahualam.

    BalasPadam
  10. Jangan kelam kabut tak tentu fasal ya kekawan ! Aku rasa ianya sedang ditangani oleh MB. Kesal jugak la, dah ranap premis tu. Aku pun rasa, pada zaman Rasulullah dulupun, hak bukan Islam, Yahudi ke, Nasrani ke DIHORMATI. Tidak dijahanamkan hak mereka. Adakah ini mainan jarum-jarum halus pihak lawan di luar Pakatan ?. Mungkin. Jika tidak.. jelas ia satu lelemahan pentadbiran.

    BalasPadam
  11. Gadoh2, gadoh panglima2 dan tentera2 pas..bergadoh pasal BABI !! Muhahahahahahaha.

    Nk amik hati dap lar tu konon! Hipokrit! Korng cuba duduk kat kg aku ni baru kamu tahu wangi atau bau haram jadahnya barua babi tu. Sial ! Ko ckp sedap lar..salah tetap salah brother. Drp aku kecik2 lagi, barua tu dh buat bisness kat sini. Kerajaan dulu tau saje lar. Abis ko pun nak pas jd mcm barua jugak. Hampeh!

    BalasPadam
  12. sai said...
    lps ni sy pun malas nak komen. payah beri pndgn pd org yg perasan di je yg betul ni. saudara tak rasa apa-apa ke tuduh ada babi dlm PAS. apa kita ni mulia sgt smpai labelkan org lain babi? cuma pesan sy pd saudara any, jika saudara gembira dgn sikap saudara yg blh memecahbelahkan org skrgn ni, teruskan lah hidup begini. jika saudara nak berubah ke arah kebaikan, sy doakan saudara jd begitu. jgn lah kita ni mengaku penyokong PR, tetapi sikap dan perangai sama je dgn umno/bn. nak beri komen pun berilah dgn ilmu dan iman, bukan dgn nafsu dan makian. Wallahualam.
    ****************
    Kamu yang memberi komen tanpa ilmu dan iman. Kamu yang memaparkan sikap yg sama dgn golongan UMNO. Kamu menuduh orang lain dengan satu jari, 3 jari menghla kepada kmau sendiri.

    Anonymous said...

    Nk amik hati dap lar tu konon! Hipokrit! Korng cuba duduk kat kg aku ni baru kamu tahu wangi atau bau haram jadahnya barua babi tu. Sial ! Ko ckp sedap lar..salah tetap salah brother. Drp aku kecik2 lagi, barua tu dh buat bisness kat sini. Kerajaan dulu tau saje lar. Abis ko pun nak pas jd mcm barua jugak. Hampeh!

    ***********************

    Aktiviti penyembelihan babi telah pun dihentikan sejak 26 Mei lalu. Jadi mengapa masih terus nak robohkan bangunan tersebut?

    Golongan ultra-Malay dalam PAS inilah yang kelak bakal menghancurkan jemaah.

    Sememangnya ada species babi dalam PAS yang tak mau babi lain ada di atas dunia. llah mengharamkan umat Islam memakan babi, bukan menyuruh kita memusuhi org yang ugamanya tidak mengharamkan memakan babi.

    Golongan ini merasakan dirinya yg serba pandai dan serba betul sehinggalah nanti Allah akan bangkitkan mereka sebagai babi yang dulu mereka hinakan di atas mukabumi.

    BalasPadam
  13. "....menghancurkan jemaah...."

    NAK TANYA SIKIT, BOLEH? DAP DAN PKR TU JEMAAH JUGA KE? SEAU AKU YG TAK BERAPA PANDAI AGAMA NI, JEMAAH TU UNTUK KITA SESAMA ISLAM SAJA. BETUL KE SALAH?

    BalasPadam
  14. Kita tahu siapa merobohkan bangunan sembelih babi tu. Kita juga tahu mengapa bangunan itu diroboh. Apa hendak difikirkan sangat? Buang masa!

    Kan lebih baik kita fikirkan mengapa hingga sekarang tidak ada seorang pun yang mengaku merekalah punca bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.