Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya hairan kenapa pembayaran boleh dibuat kepada negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain sedangkan Kelantan dianak tirikan sejak sekian lama.
“Pemuda Pas berpendapat tidak wajar Kerajaan Pusat memberi bermacam-macam alasan semata-mata mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab memberikan royalti ini.
“Wang yang dituntut adalah wang rakyat dan bukannya hak milik kerajaan Barisan Nasional (BN). Ia sepatutnya diagihkan kepada rakyat dengan adil dan bukannya dijadikan alat politik BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, melalui sayap perundangannya iaitu Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) dipengerusikan Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan yang juga seorang peguam, mereka sedang meneliti perkara itu dari sudut perundangan.
Katanya, pihaknya tidak mahu rakyat Kelantan menjadi mangsa sentimen politik BN kerana laporan yang diperolehi menunjukkan Kelantan antara negeri pengeluar minyak Negara.
Abdul Latiff yang juga ADUN Mengkebang berkata, pihaknya kesal dengan sikap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang secara jelas menentang pembayaran royalti tersebut sedangkan pada masa sama beliau bercakap mengenai pembelaan hak rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai.
“Oleh itu, Pemuda Pas menyeru seluruh rakyat Kelantan bangkit tanpa mengira fahaman politik mendesak Kerajaan Pusat menyegerakan pembayaran royalti minyak,” katanya.
Betul ke dato kadar shah ada senjata api haram
BalasPadamBetul ke dato kadar shah ada senjata api haram?
dalam rompakan di rumahnya, 4 laras pistol telah hilang.
dalam undang2 malaysia, seorang individu hanya boleh ada lesen untuk 1 laras senjata api sahaja,
http://rakyatkelantan.blogspot.com/
PEMUDA PAS KELANTAN PERLU BERTINDAK SEBAGAI ANAK JANTAN. KAMI MINTA DAN DESAK DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN DENGAN KERJASAMA NGO-NGO SEPERTI PERAKAN MALAYSIA, MARKAZ SISWAZAH KELANTAN DAN YANG LAIN-LAIN BERBINCANG UNTUK MENGANJURKAN DEMO "HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN MENUNTUT ROYALTI MINYAK" DI DEPAN PEJABAT PM DI PUTRAJAYA DAN JUGA DI KLCC DI PETRONAS. SILA BUAT KERJA ANDA.
BalasPadamwww.pemudakemehe1.blogspot.com
Ya, royalti minyak ini adalah hak rakyat klantan yg dinafikan dgn 'silap mata'. Malangnya sesetengah rakyat lebih percaya kpd silap mata dan pembohongan media. Inilah masanya semua pihak termasuk Pemuda Pas Kelantan 'berdiplomasi' dgn Najib; sama
BalasPadamdi jalanan, di mahkamah, di media, forum atau penulisan blog dll. Kita mesti tuntut hak rakyat
ini supya keadilan dapat ditegakkan. BN/UMNO telah melakukan satu rompakan ! Haloba !