Beberapa hari sebelum Ijtima tersebut ada juga jemaah tabligh di tempat aku yang mempelawa aku untuk bersama Ijtima tersebut namun aku hanya tersenyum.
Pengalaman berhujah dengan jemaah tabligh membuat aku rasa membuang masa saja untuk berdebat dengan mereka. Tiada titik noktah.
Berbalik pada kunjungan PM dan TPM ke Ijtima tersebut hari ini bolehlah di lihat dari sudut mengambil kesempatan politik untuk UBN bagi menunjukkan kepada umat Islam khususnya di Malaysia yang UBN ni tidak pernah menolak Gerakan Islam! Ciss Munafik punya UBN! Dengan Jemaah Tabligh yang berfahaman menolak politik mereka bolehlah di perbodohkan tetapi tidak pada kami yang memahami Islam secara total.
Tangan-tangan zalim UBN yang menggunakan ISA dan merompak harta rakyat mungkin di pandang sama sahaja dengan parti politik lain oleh sebahagian Jemaah Tabligh. Yang penting hanyalah AMAL bagi mereka.
Akhir sekali, UBN berharap dengan sokongan mereka pada jemaah Tabligh akan dapat membantu menaikan imej mereka sedikit sebanyak serta memungkinkan mereka mendapat sokongan dari pengundi Islam? Ciss jangan harap.....
Ikuti soal jawab ini (di petik dari laman web ustazazhar.com )mengenai jemaah Tabligh
http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/jamaah-tabligh.html
Assalamualikum ustaz..
saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terangkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih
.......................
w.salam
Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.
Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.
Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan.
Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad.
Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa.
Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt.
Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabht r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia.
wallahua'lam - nuriman
Ustaz .... nampaknya 'ustaz' masih belum faham usaha 'tabligh' ni secara menyeluruh. Saya cadangkan agar ustaz berjumpa dgn ustaz2 di masjid sri petaling pada bila2 masa yg sesuai (yg terbaik pada sabtu mlm ahad maghrib-isyak, ustaz2 akan diberi layanan istimewa di bilik kanan masjid bersama ustaz2 -prgm mingguan selepas taklim isyak). Insyaallah jika kita ikhlas mahu mengetahui usaha 'tabligh' ni, ALLah swt akan memberi kita faham yang betul, Utk menjapat faham yg betul, cara utk mendapat jawapannya juga kena betul. Jazaakallah !
BalasPadamGB mengatakan
BalasPadam=============
1. "Pengalaman berhujah dengan jemaah tabligh membuat aku rasa membuang masa saja untuk berdebat dengan mereka. Tiada titik noktah."
2. "Dengan Jemaah Tabligh yang berfahaman menolak politik mereka bolehlah di perbodohkan tetapi tidak pada kami yang memahami Islam secara total."
PerSoalan
=========
1. Adakah anda ingat kepada Allah swt ketika menulis? Sedangkan Allah swt berfirman,
"KECELAKAAN YANG BESAR bagi tiap-tiap pencaci dan pencela.” (Humazah:1)
2. Adakah anda mengingkari ayat-ayat Allah swt ini?
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Hujurat:12)
3. Adakah anda sedar penulisan anda menjadikan anda MUSUH Allah swt?
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (Bukhari)
4. Adakah anda menukar hukum Allah swt berkenaan dengan ghibah?
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu apa yang dikatakan Ghibah (gunjingan)?” Jawab para sahabat, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”. Sabda Rasulullah s.a..w., “Ghibah, yaitu mempercakapkan saudaramu tetang hal yang tidak disukainya”. Ditanya orang beliau. “Bagaimana kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?” Jawab beliau, “Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, berarti engkau menggunjing. Dan jika tidak benar, berarti engkau melakukan suatu kebohongan tentang dirinya.” (Muslim)
5. Ilmu untuk diamalkan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk dan menghina orang lain, terutamanya para-para ulama akhirat.
“Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.” (Hadits riwayat Al-Hakim)
6. Berdasarkan dalil-dalil ini, jika anta masih berdegil tidak ada jawapan lain melainkan KECELAKAAN untuk kehidupan anta.
GD berkata,
BalasPadam===========
"Tangan-tangan zalim UBN yang menggunakan ISA dan merompak harta rakyat mungkin di pandang sama sahaja dengan parti politik lain oleh sebahagian Jemaah Tabligh. Yang penting hanyalah AMAL bagi mereka. "
Soalan
======
1. Kemuncak kebencian anta itu telah menggugurkan aqidah anta daripada aqidah Islam dengan melecehkan AMAL AGAMA. Sedangkan melalui AMAL AGAMA, Allah menurunkan keberkatan ke muka bumi termasuklah pemimpin yang adil dan tidak zalim,
"Bilamana penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan turunkan berkat dari langit dan bumi." (Al-A'raf 96)
2. ADAKAH ANDA BUTA MELIHAT DOSA-DOSA UMMAT? Tidak lain dan tidak bukan bencana turun kepada ummat ini, seperti tsunami, akta ISA, banjir, kemarau disebabkan kemungkaran ini.
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41).
3. Allah swt menyuruh kita kembali kepada Allah bukan kepada makhluq, sedangkan anta menyuruh kita kembali kepada makhluq. Dimanakah anta campak aqidah anta?
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah [2]: 155- 156).
4. Anta tidak merujuk kepada Allah berkenaan dengan naik turunnya kerajaan, sedangkan Allah memerintahkan Nabi saw untuk berkata,
Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. (Surah ali Imran : 26)
KESIMPULAN
BalasPadam==========
1. Jika anta tidak akur kepada ayat-ayat al Quran dan al Hadis ini, maka butalah anda sepertimana Allah swt berfirman,
Siapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Thaha [20]: 124).
2. Jika anda masih SOMBONG, maka nerakalah jawabnya sepertimana hadis Nabi saw,
Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
"TIDAK MASUK SYURGA SESIAPA YANG ADA DI DALAM HATINYA SEDIKIT SIFAT SOMBONG”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) KESOMBONGAN ITU ADALAH MENOLAK KEBENARAN DAN MERENDAH-RENDAHKAN ORANG LAIN" (HR. Muslim)
KESIMPULAN
BalasPadam==========
1. Jika anta tidak akur kepada ayat-ayat al Quran dan al Hadis ini, maka butalah anda sepertimana Allah swt berfirman,
Siapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Thaha [20]: 124).
2. Jika anda masih SOMBONG, maka nerakalah jawabnya sepertimana hadis Nabi saw,
Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
"TIDAK MASUK SYURGA SESIAPA YANG ADA DI DALAM HATINYA SEDIKIT SIFAT SOMBONG”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) KESOMBONGAN ITU ADALAH MENOLAK KEBENARAN DAN MERENDAH-RENDAHKAN ORANG LAIN" (HR. Muslim)