7 Jul 2009

ISU KE MANEK URAI : KHIR TOYO BAKAL HABISKAN USIANYA DI DALAM PENJARA

Jika kerajaan BN ini sebuah kerajaan yang tidak korup dimana Ruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak adil, cekap, telus dan tanpa berpilih, Khir Toyo sudah pasti telah di bawa ke muka pengadilan.

Belum pun selesai isu penyalahgunaan dana negeri yang meibakan pemindaan dana bernilai lebih RM1 juta yang diberikan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS), kini timbul isu pembinaan banglo mewah, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ini berikutan nilai hartanah mewah tersebut mencecah kira-kira 24 juta ringgit yang mencakupi keluasan tanah lebih 1 ekar.

Menurutnya, istana Khir Toyo ini juga dibina di atas dua lot tanah yang dibeli dari Syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan keseluruhan harga 4 juta ringgit.

“Istana ini paling kurang 18 juta, belum campur perabot, jadi saya estimate sebagai 20 juta, campur dengan 4 juta tanah, istana Khir Toyo nie 24 juta”,katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah, berkata demikian kepada media selepas melawat banglo mewah Khir Toyo di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.

Dalam pada itu, Ng Suee Lim turut mempersoalkan sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.

“Saya kira 48 ribu tanpa berbelanja setiap bulan, tak payah belanja semua makan minum kerajaan tanggung termasuk semua pembantu semua dia tanggung, net profit Khir Toyo dapat RM48 ribu, kali 12 bulan, bermaknanya satu tahun dia punya gaji 576 ribu, 8 tahun keseluruhan dia dapat, lebih kurang 4.6 juta campur interest RM4.7juta, saya nak tanya, saya minta khir toyo beri penjelasan daripada RM4.7 juta ini, boleh kah memiliki banglo sebesar istana Khir Toyo ini?

Ng Suee Lim tidak berhasrat untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa, tetapi menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk menilai sendiri ketelusan Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar.

Menurutnya, Khir Toyo sering mempersoalkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan beliau sendiri jelas tidak telus dalam mentadbir negeri selangor di bawah naungan barisan nasional.

“Jadi kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti, kebertanggungjawaban, jadi benda ini Khir Toyo kena jawab kepada media, kepada rakyat kenapa dia memiliki harta yang sebegini besar”,katanya.

Ng Suee Lim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini dengan adil, berikutan pendedahan beberapa dokumen pembelian tanah yang dibuat Khir Toyo pada Julai 2007.

“Saya mintak SPR, Suruhanjaya Pencegah Rasuah jangan jadi pelindung tolong siasat dan tak perlu cari dokumen dengan saya dokumen ini ada di PTG. Tanya kenapa seorang Menteri Besar, penjawat awam, yang tak boleh meniaga dalam 8 tahun boleh dapat harta yang begitu banyak”,katanya.

Banyak pihak yakin bahawa setelah kerajaan pusat diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dimana selepas SPRM, polis, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan dibersihkan daripada manipulasi dan eksploitasi politik UMNO BN, kes Khir Toyo ini akan diberikan perhatian serius dan impiannya untuk tinggal di istana yang bukan di dalam kemampuannya akan bertukar kepada kediaman di sel penjara sebagai ganti.

5 ulasan:

  1. Khir Toyo menafikan, katanya hanya 3.5 juta. Entah la, mungkin SPRM elok siasat (kalau dia nak siasat la).

    Khir Toyo juga cabar YB yg dedahkan isu ni. Katanya kalau benar harga 24 juta, dia nak bagi 50% untuk YB tu.

    Nampak tak kelaku penyangak2 UMNO??? persen2 ni dah jadi kebiasaan.

    BalasPadam
  2. kan dia tu MB pada masa itu...so..sukahati dia lah.siapa tau, itu memang sudah amalan politik Malaysia...kasihanlah nasib2 ada yang merana hingga masuk kubur...tak apalah harta tu bukan bisa bawa ke syurga. TAK ape lah..jangan bawa dia p mahkamah..dia tu dah jadi MB kan? Dia sudah ada ketuanan...mest hormat pada dia..

    BalasPadam
  3. maka terbongkarlah kebejatan beliau selama ini. maka sebab itulah beliau kalut maukan kerajaan perpaduan agar pekungnya tidak terdedah.... Harap Kerajaan Selangor sekarang bongkar dan bongkar lagi......Juga kifarah pada dia kerana bagi penyapu kat orang.....

    BalasPadam
  4. apa?? akan di penjarakan si anak toyol ni..??? boleh picaya kaa..??? SPeRMa nak siasat dia pun tak hingin...ni kan pulak pasai umah...hmmmm...silap2 aribulan si pengreport, ADUN Sekinchan tu yg masuk dalam...

    mesia mesia...si thaksin mantan PM Thailand masuk mesia pun tak tau...(atau buat2 tak tau jaa)...sampaikan pihak Thailand sendiri yg tau dah 26jam dok kat hotel di Subang kelmarin...eeeee...bikin malu sama olang laa...dasar makan rasuah la si imigresen dan kastam di airport tuu...

    BalasPadam
  5. wah duh.. wah duh.. baru 8thn jadi kepala negeri
    sudah punyai rumah gaya gitu.. mana dia dpt wang bayak gitu ya?..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.