Sidang Dun hari ini bertukar panas apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim meminta Speaker menjelaskan apakah wakil rakyat boleh menerima writ saman di perkarangan Dewan.
Permohonan ini merujuk kepada tindakan peguam Khir Toyo yang mahu menyerahkan writ saman terhadap beliau di perkarangan dewan semalam.
Ng bagaimanapun enggan menerima writ itu dan berkata dewan bukan tempat untuk menyerahkan writ saman.
Speaker Teng Chang Kim berkata Dewan bermaksud di dalam dewan legislatif termasuk juga di perkarangan dewan.
Khir bagaimanapun enggan menerima penjelasan itu. Teng meminta Khir menjelaskan peraturan tetap mana yang dirujuk, namun Khir gagal berbuat demikian, cuma berkata Speaker berat sebelah.
Speaker meminta Khir menarik balik tuduhan tersebut, namun doktor gigi itu enggan sebelum diarah keluar Dewan.
Menyusuli Khir Toyo adalah wakil-wakil rakyat BN yang mengeluarkand diri mereka sendiri dari Dewan.
Banyak pihak menyokong tindakan tegas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang menghalau keluar Khir Toyo yang menuduh Speaker berat sebelah tanpa bukti.
Ini adalah kerana tindakan Speaker berkenaan adalah menasabah dan wajar berbanding dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang acapkali mengarahkan ahli parlimen Pakatan Rakyat spaya keluar dewan tanpa alasan kukoh.
"Malah tindakan Pandikar Amin Mulia misalnya, lebih kerap berat sebelah tetapi ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak pernah menempelak Speaker sepertimana yang dilakukan oleh Khir Toyo di DUN Selangor hari ini," kata seorang pemerhati politik.
"Malah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar pernah mengarahkan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) keluar dewan dan tidak menghadiri sidang selama sehari hanya kerana mengingkari arahannya supaya duduk," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.