Tulisnya, ” [...] Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO. Bagi saya, UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang diperjuangkan oleh Ku Li dahulu. Mungkin lebih baik rasanya kalau Ku Li pertimbangkan untuk sertai Parti Keadilan Rakyat.”
Beliau mempelawa Ku Li kerana baginya Ku Li merupakan satu-satunya pemimpin di dalam UMNO yang tidak rasis. “Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismenya; memang pejuang Melayu yang tulen tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu. Dia boleh mengatasi isu rumit tanpa mengapi-apikan rasa perkauman atau menggunakan kekerasan. Dia tidak akan menggunakan polis dan SPRM untuk menjatuhkan musuh politiknya. Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar. Isterinya pula tidak akan rasa tersinggung kalau gambarnya tak keluar dalam akhbar.”
Terdahulu beliau juga ada menyatakan, bahawa tiada pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri (PM) melainkan Ku Li.
“Saya sedar UMNO parti terbesar dalam Parlimen, maka Perdana Menteri mestilah datangnya dari UMNO. Tapi ia tidak semestinya Najib. Saya berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat dari Gua Musang, lebih sesuai menjadi Perdana Menteri. Buat masa ini, dia sahajalah Ahli Parlimen UMNO yang paling kanan yang tidak perkauman atau tidak rasis (racist). Hanya Perdana Menteri Melayu yang tidak rasis sahaja boleh menyelamatkan negara ini.”
Di dalam postingnya itu, beliau ada mengatakan, bahawa banyak pimpinan yang ad sekarang tidak mampu membezakan, antara tanggung jawab nasionalisme dan pemikiran rasis.
Beliau menambah, oleh kerana itu tulisan-tulisan di dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sering mencerminkan pemikiran jahat yang membenci kaum dan agama lain. Mereka cuma tahu mengapi-apikan perasaan perkauman. -perakexpress
"Anak melayu anak saya, Anak cina anak saya, Anak india anak saya, Anak Iban anak saya, Anak Kadazan anak saya, anak.... Anak-anak saya semua adalah anak bangsa Malaysia". Se hingga kini cuma seorang pemimpin yang ikhlas dan berani berkata begitu. Pemimpin inilah yang layak menjadi Pedana Menteri Malaysia ke-7.
BalasPadamPEMIMPIN UMNO MEMANG MCM BEROK,ADA YG GUNA BOMOH DARI INDON,SELAU PI MAKKAH,BLIK MALAYSIA ,MEROMPAK DUIT RAKYAT PI RUMAH HIDUP MEWAH RAKYYAT BAGAN DATOH HIDUP KEMISKINAN.
BalasPadamkalu org mcm Ku Li join PKR atau PAS, mungkin fenomena keruntuhan amNO akan semakin jelas. Ia mungkin boleh manjadi spt Teori Domino.. spt bangunan yang sikit demi sedikit akan runtuh strukturnya. Kita tunggu sajalah apa yg akan terjadi bila2 tokoh2 berpengaruh spt Dato' Chua dan lain2 meninggalkan organisasi yang sarat dengan kebobrokan.. satu organisasi politik mungkin sedang berada di ambang bahaya..
BalasPadam