Berita itu diberikan liputan meluas oleh media termasuk agensi berita nasional, Bernama.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, isu kematian Teoh tidak patut dipolitikkan.
Beliau meminta SPRM meneruskan siasatan berhubung isu rasuah dan dalam masa yang sama siasatan kes kematian Teoh diteruskan oleh polis.
Ternyata sangat kejahilan Ketua UMNO berkenaan apabila tidak mengetahui hujung pangkal isu apabila beliau turut memberi amaran supaya pihak pembangkang tidak menimbulkan isu perkauman berhubung kematian Teoh.
Kata Sebol, dalam kes kematian Beng Hock, SPRM yang patut disiasat kerana kejadian itu berlaku di tempat SPRM.
Walau apa pun punca kematian, ianya sepatutnya tiada kaitan dengan UMNO.
Demonstrasi UMNO sebegitu seolah-olah mereka menggambarkan kematian Beng Hock telah diputuskan dalam mesyuarat UMNO.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika ditemui pemberita berkata perhimpunan yang diadakan itu tidak mempunyai permit daripada polis dan pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu untuk siasatan.
Justeru, di dalam keadaan di mana Polis dan SPRM kini menjadi sasaran rakyat, kita meminta Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkenaan mengambil tindakan dengan adil sepertimana polis mengambil tindakan ke atas pembangkang.
demonstrasi itu diadakan sebab mereka mahukan kerajaan menjalankan siasatan dan tidak mengenepikan masalah ini. tidak seperti pembangkang yang hanya pandai menunding jari pada pihak BN ..
BalasPadamMemang ada yang suka menggambil kesempatan untuk menonjolkan diri sebagai hero. Apa penting nya Datuk I. Kijo menganjurkan perhimpunan begini?
BalasPadamKepada pemimpin, tak kira parti apa jadilah orang yang bijak jika mahu jadi pemimpin. Kepada rakyat sokonglah pemimpin yang bukan hanya bijak bercakap tetapi mempunyai akhlak yang baik.
Bila dah tolak campur ini semua, berapa orangkah rasanya yang betul betul layak jadi pemimpin.
Ramai yang nak masuk bakul dan suruh kroni angkat dialah! Cari publicity murahan.
BalasPadamBayangkan kalau SPRM telus. Mesti diorang ni dah kena siasat kerana habiskan duit peruntukan Adun RM500,000 dalam masa 2 bulan saja.
BalasPadam