Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan itu diluahkan untuk mempertahankan dirinya ekoran sikap pemimpin UMNO yang kini memburuk-burukkan dan menghina namanya.
“Mereka sibuk dengan kenyataan saya yang kata jahanam. Mereka tak kira tindakan mereka yang memburuk-burukkan dan menghina saya dalam dua tiga hari ini.
“Siapa kata seorang tok guru tak sepatutnya mengeluarkan perkataan jahanam. Dalam al-Quran ada, nabi pun ada sebut perkataan-perkataan seperti itu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah penduduk yang musnah dilanda ribut di Kampung Buluh Poh, dekat sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan balas beberapa pemimpin UMNO berhubung reaksi beliau ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai ‘salam’ yang dihulurkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed sewaktu majlis pelancaran Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur minggu lepas.
Nik Abdul Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara Kerajaan Negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.
Nik Abdul Aziz turut menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.
“Saya takkan tarik balik. Buat apa nak tarik balik. Dalam ajaran Islam, kalau orang hina kita, tapi kita senyap, haram. Kita wajib meluahkan, itu orang hina saya, saya wajib mempertahankan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.