Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan Jui Meng amat dialu-alukan dan beliau berharap lebih ramai lagi pemimpin dari parti pembangkang akan mengikut jejaknya.
“Harap lebih ramai pemimpin parti lawan dapat menyertai Pakatan Rakyat pada masa akan datang,” katanya.
Ditanya sama ada penyertaan Jui Meng antara strategi Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan pengundi Cina, Abdul Hadi berkata, itu bukan sebabnya sebaliknya tindakan itu adalah pilihan Jui Meng sendiri.
“Bukan taktik untuk meraih sokongan orang Cina, sebab kita pun dapat sokongan kaum lain, termasuk India,” katanya.
Sabtu lalu, Jui Meng mengumumkan keluar daripada parti MCA dan menyertai PKR tanpa sebarang syarat, kerana tidak lagi sehaluan dengan agenda perjuangan MCA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.