Muhyiddin mengatakan kematian Teoh telah dipolitikkan oleh PR untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka.
Khir Toyo mengatakan adalah tidak adil bagi DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagi menimbulkan keraguan dan kebencian umum kepada SPRM berhubung kematian Teoh.
Nazri Aziz pula kata, jangan tuduh2. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan sendiri sebelum penyiasatan dibuat. Jadi, dia (Teoh) patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu. Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun. Saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang2, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya.
Ketua Penerangan Umno Selangor membidas tindakan kerajaan negeri mengadakan perhimpunan bagi menuntut keadilan berhubung kematian Teoh. Abdul Shukur Idrus berkata pihaknya juga sangat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang mempertikai dan menghina SPRM dalam isu terbabit.
Dari kenyataan2 mereka ini, menunjukkan mereka telah mengunakan langkah 'politik tempang'. Jadi, jangan salahkan PR dan Rakyat sekiranya mereka menjadikan UMNO sebagai sasaran 'serangan'.
Bila parti komponen BN, Gerakan dan MCA di lihat telah 'sealiran' bagi mereka dengan pendirian pemimpin PR, barulah ada antara mereka (pemimpin UMNO)yang mengatakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja perlu di tubuhkan segera. Jadi, langkah yang telah di ambil oleh Chua Jui Meng keluar daripada MCA dan menyertai PKR adalah satu tindakan 'bijak' demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia..... -yeols
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.