Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung yang menghalau beliau tetapi meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak yang menanam perasaan benci dan permusuhan itu.
"Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.
"Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian," tulis beliau dalam blognya hari ini.
Dr Zambry juga merungut kerana seringkali tangan yang dihulurkan untuk bersalam dengan rakyat Perak tidak disambut dan mengaku perkara tersebut telah berlaku berkali-kali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar.
"Jarang anda saksikan orang dan penyokong Barisan Nasional enggan bersalam apabila tangan dihulur. Tetapi saya mengalaminya sendiri sudah berkali-kali.
"Saya tetap pergi jua kepada mereka kerana saya tahu mereka tidak bersalah dan mereka hanya terpengaruh dengan ceramah-ceramah politik yang mengapi-apikan kebencian. Akhirnya yang lahir adalah generasi pembenci," kata Dr Zambry lagi.
Peristiwa kena halau daripada melawat mangsa tragedi alam benar-benar telah melukai hati Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor itu.
Beliau juga mengambil kesempatan dalam blognya untuk menyatakan kekesalannya terhadap penulisan dalam sesetengah blog dan akhbar yang dakwa beliau bersifat "manipulatif" sehingga menyebabkan "hilang rasa mahabbah (kasih sayang sesama umat).
"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam tidak rasa berdosa dan bersalah menulis sesuatu yang penuh dengan kebencian sehingga melahirkan generasi pembenci yang sangat parah buat ummat Islam sendiri.
"Demikian juga dengan portal-portal berita yang dikeluarkan selain dari blog-blog yang menulis penuh manipulatif sehingga hilangnya rasa "mahabbah" (kasih-sayang sesama umat)," tulis bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu lagi.
Dr Zambry juga berkata antara perkara yang paling dibencinya ialah "bila agama menjadi sandaran untuk seseorang menabur fitnah dan menabur maki hamun yang tidak langsung ada batas-batas keagamaan".
Mungkin ramai yang berasa simpati terhadap nasib yang menimpa Dr Zambry yang baru empat bulan memegang jawatan Menteri Besar Perak.
Sebagai manusia akhlak dan pekerti yang mulia sememangnya menjadi asas kepada keperibadian seseorang.
Dalam insiden di mana beliau dihalau oleh penduduk kampung persoalan yang wajar ditanya beliau bukanlah siapa yang menyebabkan perasaan benci dan permusuhan itu wujud dalam masyarakat tetapi MENGAPA keadaan itu berlaku.
Rasanya sebagai Menteri Besar daripada Umno dan Barisan Nasional Dr Zambry tidak mempunyai masalah untuk menjawab persoalan ini.
Walau bagaimanapun elok diperturunkan beberapa rentetan peristiwa besar yang berlaku dalam senario politik Perak sejak beliau dilantik ke jawatan itu.
Pertama, beliau sudah tentu akur dan menerima hakikat bahawa rakyat Perak telah menjulang Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.
Mereka telah memberi 54 peratus daripada jumlah undi kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat yang bertanding dan dengan itu gagasan itulah yang mereka pilih untuk memimpin rakyat dan pentadbiran negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dr Zambry juga semestinya akur rakyat Perak terkejut, terperanjat dan tersentak apabila bangun daripada tidur pada 5 Februari 2009 mereka diberitahu bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mereka pilih dan sokong tidak lagi wujud.
Sebaliknya kerajaan negeri Pakatan Rakyat diganti oleh kerajaan negeri Barisan Nasional da Dr Zambry sendiri telah dilantik ke jawatan tersebut pada 6 Februari 2009 bagi menggantikan Mohammad Nizar Jamaluddin.
Perasaan berkecamuk dalam sanubari rakyat Perak diparahkan lagi apabila mereka mengetahui bahawa tumbangnya kerajaan negeri pilihan mereka adalah hasil "tangan-tangan ghaib" Umno dan BN yang "menculik", "mengugut" dan "membeli" sokongan tiga ADUN Pakatan Rakyat.
Tidak mungkin rakyat Perak yang matang dalam perkiraaan politik dan berfikiran waras boleh menerima apa yang telah dilakukan oleh Umno dan BN.
Malah dalam amalan demokrasi di mana-mana negara didunia sekali pun budaya "mencuri" dan "membeli" wakil rakyat untuk menumbangkan kerajaan pihak lawan amat dipandang tidak demokratik malah dikeji.
Rakyat Perak marah dengan Umno dan BN kerana telah melakukan apa yang dilihat sebagai satu bentuk manipulasi politik yang keji dan hina serta berlandaskan politik kedurjanaan dan murahan.
Rentetan peristiwa yang berlaku selepas itu hanyalah cerminan daripada "kebencian" dan "permusuhan" hasil daripada kerjatangan Umno dan BN sendiri.
Kekecohan sidang DUN 7 Mei lalu yang menyaksikan Speaker V. Sivakumar diheret dan dikurung oleh individu-individu yang tidak dikenali yang telah menceroboh Dewan juga membuktikan kepada rakyat Perak kemampuan Umno dan BN untuk
melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa sehingga sanggup membelakangkan segala peraturan dan kedaulatan undang-undang.
Penyokong Pakatan Rakyat yang berpakaian serba hitam bagi mengabungi kematian demokrasi dan mengingati 1GelitaMalaysia ditangkap dan disumbat dalam lokap malah solat hajat pun diharamkan.
Terpahat dalam memori rakyat Perak peristiwa "sidang bawah pokok" 3 March lalu di mana Speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dihalang oleh polis atas arahan Umno dan BN memasuki DUN untuk bersidang secara terhormat dan bertamadun tetapi terpaksa bermesyuarat di bawah pokok sena.
Rakyat juga melihat dengan penuh keinsafan bagaimana kuasa polis disalahgunakan oleh Umno dan BN untuk mengugut dan menangkap wakil-wakil rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka menyuarakan bantahan terhadap kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku.
Rakyat juga melihat sikap dwi standar yang diamalkan Umno dan BN dalam perlaksanaan undang-undang.
Majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat diceroboh dan penyokong ditangkap hanya kerana menayankan video perihal kekecohan sidang DUN Perak.
Namun apabila Umno dan BN mencetak 50,000 cakera padat yang menceritakan versi mereka berhubung sidang DUN 7 Mei dan menayangkan kepada umum tidak ada polis yang menceroboh majlis atau sesiapa pun ditangkap.
Ceramah dan perhimpunan Pakatan Rakyat diawasi dengan puluhan anggota polis dan unit simpanan persekutuan (FRU) yang lengkap bersenjata serta puluhan lagi anggota cawangan khas yang memantau setiap kata-kata yang diluahkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Kempen puasa sunat dan mogok yang dilancarkan minggu lalu juga tidak lepas daripada tekanan dan kedajalan polis - khemah diarah dibuka, perhimpunan disuraikan, belasan ADUN serta penyokong ditangkap.
Sudah tentu Dr Zambry ingat semua peristiwa yang telah berlaku ini kerana beliau secara langsung dikaitkan dengan semua peristiwa itu.
Rakyat tidak lagi bodoh dan redha untuk diperbodohkan.
Lagi cepat Dr Zambry sedar akan hakikat ini lagi pantas beliau akan memahami mengapa salamnya tidak disambut dan mengapa insiden di Batu 8, Lekir, Manjung berlaku kepada seorang Menteri Besar. -TVA
Habis dah rakyat tak suka dengan hang tunggu apa lagi bubar lah ADUN tu..kalau umno/bn pun tak suka kat hang..jangan kita slalu kesalahan dibahu oang lain..cuba kita renungkan kebelakang apa yg aku buat. sampai rakyat benci aku.
BalasPadamKalau kita tidak kenal siapa dr. Zambry, pasti sedih sehingga nak keluar air mata bila membaca keluhannya mengenai rakyat negeri Perak tidak mahu sambut salamnya. Tapi bila kita kenal dr. Zambry adalah ahli politik dari UMNO-BN air mata yang dah nak terkeluar tu tak jadi nak keluar. Simpati tiada... menyumpah ada...!
BalasPadamAhli politik sama ada dari kaum kita atau dari puak musuh, perangai mereka lebih kurang sama iaitu suka berpura-pura. Kalau ahli politik itu dari kaum kita maka selayaknya kita menghormati mereka kalau khidmat mereka itu telus untuk kita, tapi kalau ahli politik dari puak musuh minta simpati pada kita... apakah kita perlu melayan kerenahnya...? Hanya orang yang menerima rasuah saja yang akan menghulurkan simpati.
Cuba lihat perangai Tun Dr. Mahathir terhadap Datok Seri Anuar... sehingga hari ini Tun terus menghentam Datok Seri Anuar. Persolannya ...mengapa keadaan seperti itu berlaku...? Dalam politik tiada perasaan belas kesihan atau simpati.
Apa yang dr. Zambry lakukan adalah untuk meraih sokongan dalam bentuk simpati dari rakyat yang lemah semangat...
Mungkin dia sangka bahawa rakyat negeri perak tidak melihat rakaman tentang peristiwa rampasan kuasa speaker dalam dewan undangan negeri tempoh hari.
Mungkin juga dia sangka rakyat negeri perak akan menerima dia kalau direstui oleh sultan. Oleh kerana itu dia sering mengatakan bahawa dia adalah Menteri Besar yang dilantik oleh sultan.
Tapi propaganda itu tidak menjadi kerana rakyat menerima MB hanya dari pilihan mereka sendiri bukan pilihan sultan. Dia tukar pula mengatakan bahawa mahkamah rayuan telah merestunya sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Maka jadilah dia sebagai "Menteri Besar Mahkamah Rayuan Negeri Perak". Panjang dan lunak bunyinya.
Setelah itu dia cuba mengajak rakyat melupakan tentang bagaimana cara dia menjadi Menteri Besar Negeri Perak. Dan mengharapkan rakyat dapat melayan dirinya seperti rakyat melayan MB rakyat Mohammed Nizar.
Kesian... dr.Zambri... selagi DUN Perak tidak dibubarkan selagi itu aku akan hasut anak cucu aku bahawa dr.Zambry adalah "Menteri Besar HaramJadah" yang disokong oleh Perdana Menteri "Celaka".