Saya hairan apabila kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan keputusan muktamar dikeluarkan, semua pakat diam. Adakah keputusan berhubung UG yang diambil dimuktamar? Yang dipersetujui bersama ialah kukuhkan PR sambil berinteraksi dengan semua. ‘Berinteraksi dengan semua’ dihujjahkan berdasarkan usaha dakwah, Nabi Musa (AS) dengan Firaun; mana datangnya UG? Apa kaitannya dengan UG? Tidakkah UG ini jelas bercanggah dengan perkukuhkan PR?
Sememangnya TGNA marah kerana dia faham apa yang sedang diusahakan. Zaman ini bagaikan zaman ‘pintu belakang’. Ada kerajaan ‘pintu belakang’. UG hendak dibawa masuk keatas PAS melalui pintu belakang.
Ada yang tanya mengapa hanya sepuluh MP? Sepuluh budak hitam? Jawapan ringkasnya kerana hanya sepuluh yang ada pada masa siding media itu. Tetapi kalau perlu untuk memuaskan kehendak tuan-tuan, petang ini (Isnin) kita boleh cuba buat sekali lagi. Yang tidak sempat hari itu YB Pengkalan Chepa, YB Kota Bharu, YB Pasir Putih, YB Sik, YB Jerai, YB Bukit Gantang dan beberapa yang lain. Ada di antara mereka yang saya sebut tadi yang diragui akan bersama dengan kenyataan ini?
YB Mahfuz dan YB Sallahuddin sebagai Naib Presiden telahpun mengeluarkan kenyataan lebih awal meminta Ust Nasha pergi berjumpa dengan TGNA. Ust Nasha kena pergi itu memang kena pergi dan saya sokong, tetapi pendirian kita berhubung UG yang tidak pernah dibincang dan bercanggah dengan usaha memperkukuhkan PR perlu disanggah awal-awal lagi.
Apabila sudah tidak mempuyai hujjah, ada pula yang ingin menuduh kami ini ‘Munafik’. Di antara sifat munafik, bila dia bercakap dia berbohong. Tetapi saya tak berbohong. Alhamdulillah, sejak dari dulu sampailah sekarang saya masih konsisten dengan pendirian saya berhubung UMNO dan kerjasama dengannya. Sebelum dan semasa pemilihan AJK PAS pusat saya tolak. Selepas pemilihan pun saya masih tetap tolak. Pihak yang berbohong adalah mereka yang berkata telah “dipersetujui MS Ulama’, dipersetujui AJK PAS Pusat dan sebagainya”, “tak nak, tak nak, tak nak” sebelum pemilihan, “mungkin, mungkin, mungkin”, selepas pemilihan. Siapa itu? Kajilah sendiri. Tapi jangan pula salah faham. Saya tidak menuduh sesiapa munafik, seperti yang telah dilakukan keatas kami. Saya hanya menjelaskan ada sifat-sifat sebegitu yang jelas perlu dibenteras bersama.
Ada yang bertanya “ada ke sebenarnya perbincangan dengan UMNO?” Malangnya dalam soal ini, berdasarkan pengalaman terdahulu, kita kena tunggu UMNO yang dedahkan. Lepas itu barulah pemimpin-pemimpin tertentu akan mengaku. Masa tu pun dah kena tipu, tak ingat lagi ke? Kasihan Mahfuz. Dulu dah jadi mangsa. Nanti tidak tahu siapa pula. Namun, saya pasti kali ini beliau tidak akan benarkan dirinya menjadi mangsa sekali lagi.
Ada pula yang kata, “Sabar dulu. Tunggu isu ini jelaskan”. Saya hendak bertanya kenapa kalau belum dijelaskan kepada pimpinan dan ahli ianya telah diketengahkan? Bukankah itu kerja yang kurang bijak namanya? Apa hak untuk menengahkannya? Apakah tujuannya? Membelakangkan amalan syura dan sebagainya?
Akhir sekali saya nak tanya yang bijak pandai, apabila PAS cadangkan UG dan UMNO sambut baik, selepas itu PKR dan DAP yang tentu akan tolak, apa yang kita nak buat? PAS patah balik kepada PR akan dituduh tunduk pada DAP dan PKR. Ya lah, PAS teringin tetapi DAP dan PKR tidak mahu. Takkan mahu kata PAS tak setuju dengan cadangannya sendiri pada masa itu, mana masuk akal! PAS setuju juga tetapi rakan-rakan tak setuju maka kita terpaksa tarik balik. Maka “sah boneka DAP!” akan tersiar muka depan akhbar.
Kemungkinan kedua, PAS pergi seorang diri dan akan berpecahlah PR (ini bercanggah dengan keputusan muktamar) dan menyerah cantik leher PAS untuk dipancung UMNO untuk kali yang kedua!
Ini merupakan langkah politik yang menjerat diri. Tidak mustahil diilhamkan dan dirancang oleh mereka-mereka yang ditugaskan untuk membunuh politik PAS di negara kita ini. -yb khalid samad
sudahlah khalid, kamu je yang lebih-lebih cuba membesar-besarkan isu.
BalasPadamSalam smua,
BalasPadamAku tengok barisan pmimpin muda pas ni hebat2 blaka. Orang2 cerdik. (cerdik doesn't mean you hold PhD dari Oxford or Havard, atau qualified as rocket scientist..tp salah stu ciri ialah mreka orang2 yg beriman sejati, tak lupakan tempat tju kita (mati) dan bukan meletakkan RM sbagai motif no. wahid !(itu pd penilian aku la, org len aku tak tau..)
Hebat. Depa tau..kalu nk duit.. masuk UMNO..berjuang melalui UMNO. Pluang dpt kekayaan lebih cerah. Pluang dpt tender dan kontrak, jd Timb. Menteri dll. Maaf cakap no..
Org2 UMNOpun kekawan kita jugak.