Pegawai SPRM cawangan Kedah juga mengambil dokumen daripada pejabat Menteri Besar berkaitan tuntutan sebanyak RM150,000 oleh exco terbabit.
Berdasarkan laporan sebuah akhbar arus perdana bahasa Inggeris minggu lalu mengenai isu tersebut SPRM dilihat begitu pantas melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membanteras gejala rasuah dalam negara.
Namun tindakan cepat bagaikan kilat membabitkan seorang exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pula dilihat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bakal menelan kos RM12.8 bilion sudahpun didedahkan minggu lalu malah Pengerusi PKRZ pun sudah menyerahkan laporan audit kepada SPRM.
Sehingga kini SPRM masih membisu dan tidak memanggil pemimpin-pemimpin BN yang nama mereka disebut dalam laporan audit tersebut.
Semalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh walaupun ia baru berusia setahun jagung.
Rakyat akan melihat apakah SPRM akan menyiasat kontraktor yang membina stadium tersebut dan merampas fail dan dokumen daripada Jabatan Kerja Raya yang memantau projek tersebut.
Bagaimana pula dengan tuduhan rasuah terhadap dua bekas ecxo Pakatan Rakyat Perak yang menyeberang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas, Mohd Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar?
Perbicaraan kes mereka sepatutnya didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh 10 Feb lalu tetapi sehingga kini SPRM terus membisu seribu bahasa.
Dakwaan kedua-dua ADUN tersebut melompat daripada Pakatan Rakyat kerana menerima habuan wang ringgir tidak disiasat oleh SPRM tetapi badan yang sama juga begiti cepat menuding jari menuduh ada elemen salahguna kuasa apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar menggantung Dr Zambry Abd Kadir dan enema exconya.
SPRM bagaimanapun petah bercakap mengenai dakwaan rasuah Menteri Besar berhubung lembu korban dan kereta rasmi walaupun pejabat Peguan Negara belum lagi mmeberi apa-apa komen mengenai kertas siasatan kes tersebut.
Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati terbabit dalam rasuah politik semasa kempen pemilihan Umno baru-baru ini juga terpelas daripada siasatan SPRM malah badan itu mengambil sikap menyepi.
Dasar pendakwaan terpilih ini dilihat rakyat sebagai sikap dwi standar tegar yang diamalkan oleh SPRM dalam memilih-milih tuduhan rasuah mana yang patut disegera siasat dan kes mana yang patut ditunda sehingga luput daripada ingatan.
Memori rakyat terhadap kes-kes rasuah pemimpin Umno dan BN yang dilupakan SPRM bagaimana pun tidaklah sependek SPRM.
Ramai dikalangan rakyat sama ada terlibat dalam politik atau tidak tidak tahu malah tidak faham BPR dinaikkan taraf sebagai SPRM.
BalasPadamCuba anda baca sekali lagi ayat yang telah tertulis seperti diatas "tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas fail dan dokumen daripada pejabat exco Kedah berhubung dakwaan seorang Exco negeri itu telah membuat tuntutan berlebihan sejak beliau dilantik Mach tahun lalu menimbulkan persoalan sama ada SPRM benar-benar bebas dan telus dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu tuduhan rasuah..."
Tahukah anda semua bahawa SPRM yang dinaikkan taraf kerjanya hanyalah menyiasat berkaitan rasuah yang membabitkan parti Pakatan Rakyat dan rakyat biasa saja.
Kenapa kita mesti percaya pada SPRM...? Cuba senaraikan nama-nama menteri kerajaan Barisan Nasional yang didakwa oleh SPRM terlibat dalam rasuah...? Ali Rustam kenapa bebas dan masih tersenyum lagi... Khir Toyo jelas terlibat dalam penyelewengan dana syarikat Kerajaan Negeri Selangor masih terus berkokok...?
Dan yang terbaru, stadium Kuala Trengganu runtuh kenapa SPRM tidak bergerak cergas pergi menyiasat mengapa kes itu berlaku...? Dan banyak lagi kes yang tak mampu dituliskan disini.
SPRM dinaikkan taraf oleh Pak Lah adalah untuk menyiasat salah laku pemimpin parti pembangkang berkaitan dengan apa jua jenis rasuah. Ingat tuuuu...!