Buat pertama kalinya Barisan Nasional di bawah kepimpinan najib tidak menyertai pilihanraya Kecil iaitu di Dun Penanti. Ramai yang merumuskan bawah najib dan Barisan Nasional masih belum bersedia dan masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi kebangkitan rakyat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
Kini, di dalam liga-liga Pilihanraya Kecil sebelum berlakunya kemuncak perlawanan akhir Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang, Barisan Nasional telah kalah dengan jaringan 5-1 dengan Pakatan Rakyat.
Setiap kali berlakunya pilihanraya samada umum atau kecil, pastinya penyokong Pakatan Rakyat akan dilabelkan sebagai ganas dan sering melakukan kontroversi. Dikerahkan anggota Polis Raja Di Malaysia untuk mengawal perjalanan pilihanraya dari kesemua unit Trafik, FRU, JSJ, SB, dan kemungkinan juga yang pakai baju biru kat pejabat tu turut terlibat sama.
Apa tujuannnya menghimpunkan ribuan anggota polis? adakah untuk menakut-nakutkan rakyat untuk mengundi. Bukankah ini menunjukkan bahawa kehadiran anggota polis yang begitu ramai bertujuan mengawal keselamatan jika berlaku rusuhan antara penyokong parti yang bertanding. Setiap kali pilihanraya, pihak anggota polis akan membuat kenyataa media bahawa berlaku sedikit ketegangan antara penyokong parti, tetapi klip yang ditunjukkan oleh media adalah dari penyokong Pakatan Rakyat.
Pilihanraya Penanti sudah terjawab siapakah yang memulakan kontroversi setiap kali pilihanraya dilakukan. Di penanti perjalanan pilihanraya berlaku secara aman tanpa sebarang kontroversi. Media tidak mengeluarkan sebarang adegan membaling botol, kayu, menurunkan bendera, pergaduhan dan aksi-aksi ganas dari penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun pilihanaraya ini melibatkan 4 penjuru pertandingan. Parti Keadilan Rakyat mewakili PR dan 3 dari calon bebas.
Pilihanraya kecil kali ini memudahkan kerja banyak pihak yang terlibat. Kalau tidak, pihak wartawan terpaksa memikirkan bagaimana untuk mereka cipta adegan ganas yg dilakukan oleh penyokong-penyokong PR. Pihak Polis terutamnya dari FRU terpaksa pula berjaga jika berlaku rusuhan ataupun terpaksa membantu BN untuk menaikkan bendera. Pihak Mafrel pula dapat bekerja dengan mudah sebagai pemerhati proses pilihanraya. Bagi pegawai yang terlibat menjaga tempat mengundi dan peti undi, boleh duduk dengan selesa tanpa melayan kerenah penyokong parti. Kali ini dapat kita menyaksikan terdapat anggota yang terlibat lena tertidur akibat aman dan tenteramnya pilihanraya dilakukan.
Persoalannya, BN menarik diri daripada pertandingan kali ini. Jadi siapakah yang sebenarnya yang melakukan kontroversi dan keganasan bila pilihanraya berlaku? - inflakasta
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
BalasPadam