13 Jun 2009

PAS UMNO : LAMBAIAN MANEK URAI

Kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan sokongan rakyat di kawasan itu kepada kerajaan negeri tetap utuh seperti ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kemenangan Pas di Manek Urai juga sesuatu yang amat penting kerana pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk terus memperkasakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama yang memerintah Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Justeru katanya, rakyat Manek Urai termasuk penyokong Pas sendiri diharap agar tidak mudah terpedaya dengan kempen Barisan Nasional (BN) yang meminta supaya kemenangan pada pilihan raya kecil itu diberikan kepada calon BN dengan alasan ia tidak akan menggugat kerajaan negeri sedia ada.

“Kalau sudah tahu kerajaan negeri tidak akan tergugat dan jawatan Menteri Besar tidak akan bertukar (jika BN menang), kenapa kita nak beri kemenangan kepada mereka (BN) dan buat apa mereka nak bertanding.

“Sepatutnya BN tidak payah bertanding seperti pada pilihan raya kecil di DUN Penanti, lebih baik beri mandat kepada Pas untuk terus mewakili rakyat Manek Urai, buat apa nak membazir duit rakyat (dengan bertanding),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, rakyat khususnya pengundi di Manek Urai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan jika BN menang di kawasan itu kerana semuanya hanya sekadar janji untuk memenangi pili-han raya kecil berkenaan.

Menurutnya, BN tidak perlu menunggu sehingga memenangi pilihan raya kecil itu jika benar-benar ingin membawa pembangunan di Manek Urai kerana ia mampu dilaksanakan menerusi pelbagai agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Lembaga Kemajuan Kelan-tan Selatan (Kesedar).

“Kalau kata BN janjikan pembangunan, rakyat Manek Urai telah beri peluang kepada calon BN menang pada pilihan raya umum 2004 lalu dan menjadi wakil rakyat mereka selama satu penggal tetapi cuba tunjukkan kepada saya, pembangunan apa yang dibuat oleh ADUN BN sepanjang tempoh itu.

“Kalau rakyat Manek Urai beri juga peluang sekali lagi kepada BN, maka mereka yang akan rugi sedangkan pilihan raya kecil ini peluang untuk kita menyatakan sokongan dan memperkasakan kerajaan negeri yang ada sekarang serta sebagai bukti bahawa rakyat di sini (Manek Urai) tetap menolak BN,” kata Abdul Latiff.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan sehubungan itu meminta rakyat Manek Urai supaya kekal memberikan sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu nanti bagi memastikan agenda kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan. -SH

3 ulasan:

  1. LO NI HJ HADI PUN DOH IKUT CAKAP TOK GURU NIK AZIZ. MARI LAH KITA PAKAT ADIK KAKOK BELAKO DUN MANIK URAI KITA NGUNDI KITA PAKAH PAS.

    BO LAH MARAH KO HJ HADI . DIA TERSALAH DENGAR CAKAP ORANG ORANG TERTENTU DALAM PAS.

    KITO HARAP BELIAU JADIKAN KESILAPAN ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM MEMIMPIN PAS DIMASA AKAN DATANG.

    JANGAN TINGGAL TOK GURU KITO.TOK GURU NIK AZIZ

    KALU TADOK DIA LAGU MANA TAK TAHU KITO LO NI.
    ENTAH ENTAH IMAM KITO LO NI CONGEK CHADUNG HABIS.

    SYUKUR TUHAN TELAH MENGURNIAKAN SEORANG TOKOH ULAMA SAPERTI NIK AZIZ YANG SEPATUTNYA KITA BANGGA BANGGA KAN.

    BalasPadam
  2. Macam tu lah dok ada TGHA dulu sebelum muktamar tarik balik tanggohkan bila Utz Naza Menang tak sempat habih muktamar dah buat statement "Kerajaan Perpaduan" melalui ucapan pengulongannya.Samapi habih perwakilan dan pemerhati tekejut.Lepas muktamar bila kena hentam terok mula lah cari barang antik buat tangkal...STOPA ALI lantik jadi Setiausha.Nampak sangat ajinda yang tersembunyi akan di teruskan juga.

    BalasPadam
  3. memang ahli2 pas tetap marahkan TGHH tentang kenyataannya terhadap kerajaan perpaduan.Itulah sifat manusia kalau kenyataan itu tidak sehaluan dgnnya.Tapi ingat kesan kenyataan itu pd org bukan islam.Mereka telah memilih PAS dan menolak UMNO dlm PRU12 tapi TGHH pulak yg beriya2 nak buat kerajaan perpaduan dgn UMNO.itulah pemimpin kita yg tak pandai mengambil hati pd org bukan islam.Inilah yg menyakitkan hati saya.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.