Editor Siasah, Zulkifli Sulong di dalam catatanya menyatakan, PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.
Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.
Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.
Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.
Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.
Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.
Nasharudin dalam laporan medianya pula terus berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.
Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini, demikian tulis Zulkifli lagi.
GB ingin mengutip kisah Kerajaan Perpaduan yang sangat-sangat dikobarkan gagasannya oleh Presiden dan Timbalan Presiden dengan isu tuntuntan Kelab penyokong PAS yang minta diberikan perhatian tetapi tidak mendapat perhatian serius oleh Muktamar.
Ini mengingatkan kita mengenai kisah Ummi Maktum yang terkenal yang kerananya Rasulullah telah ditegur oleh Allah s.w.t. dengan turunnya Surah 'Abasa.
Asbabun Nuzul : Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari yang diterima dari Ibnu Abbas; "Sedang Rasulullah menghadapi beberapa orang pemimpin Quraisy iaitu Utbah bin Rabiah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud menyampaikan seruan Islam agar mereka sudi beriman, di waktu itu masuklah seorang lelaki buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum dengan tangan meraba-raba.
Sejenak sedang Rasulullah terhenti bicara orang buta itu memohon kepada Nabi agar diajarkan kepadanya beberapa ayat Quran. Mungkin oleh kerana terganggu sedang menghadapi pemimpin-pemimpin itu, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum itu, dan baginda terus meneruskan missinya untuk menyampaikan "dakwah" kepada peemimpin-pemimpin Quraisy itu dan mengabaikan Ummi Maktum.
Setelah selesai semuanya, turunlah ayat "Dia bermuka masam dan berpaling".
Turunnya ayat itu telah menyedarkan Rasulullah akan kehilafannya lalu segera beliau menghadap Ummi Maktum dan barulah Rasulullah menerangkan ayat-ayat Al-Quran kepadanya.
Dan sejak itu di mana saja Rasulullah bertemu dengan Ummi Maktum beliau menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah menjadi sebab satu kumpulan ayat turun dari langit kepadaku."
Pengajarannya: Apakah kita sanggup membiarkan permintaan Kelab Penyokong PAS yang minta diberikan perhatian dan ingin merapatkan diri mereka dengan saf kita sementara kita sibuk dengan Kerajaan Perpaduan hendak melayan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tujuan berdakwah kepadanya sepertimana Rasulullah mengabaikan Ummi Maktum dan cuba mendakwahkan Islam kepada pemimpin-pemimpin Quraisy itu sehingga Allah menegur baginda?
Ummi Maktum seorang yang buta tetapi ikhlas untuk mendapatkan ilmu Islam, begitulah Kelab Penyokong PAS yang "masih buta" mengenai falsafah perjuangan PAS inginkan penjelasan lanjut dari kita tetapi kita mengabaikannya?
Pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa kita berikan perhatian sehingga gagasan dibentuk bernama Kerajaan Perpaduan dengan harapan mereka menerima Islam sepertimana Abu Jahal, Abbas Muttalib dan Utbah yang diberikan dakwah Islam kepada mereka oleh Rasulullah sehingga baginda ditegur lansung dari langit dengan turunnya surah 'Abasa ini.
Rumusan: Saya telah melihat fenomena yang berlaku di muktamar baru-baru ini dari kacamata kebenaran dan keadilan betapa jauhnya sudah kita melangkah pergi meninggalkan asas-asas perjuangan sehingga meletakkan jemaah berada di dalam kusut dan dilanda kemelut perpecahan ekoran kekhilafan pimpinan tertinggi parti.
Ditegur sudah oleh Mursyidul Am PAS, tetapi ada diantaranya seperti sudah melupakan kedudukan Tuan Guru selaku Mursyidul-Am - Pembimbing Umum kepada kita semua.
Dan oleh kerana kekhilafan Presiden itulah maka Allah s.w.t. mendatangkan Setiausaha Agong DAP telah mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.
"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.
Fikir-fikirkanlah supaya nanti jangan lagi kata kami ahli bawahan ini tidak menyampaikan sebelum kamu pemimpin-pemimpin dan pendokong gagasan Kerajaan Perpaduan ditegur Allah dengan lebih hebat.
Kisah yang dibawa bukan dongeng rekaan, bukan putarbelit kisah benar bukan penglipur lara untuk perjuangan. InsyaAllah, kami yakin dengan kebenaran yang kami perjuangkan dan kami istiqamah dengannya.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
[2] karena telah datang seorang buta kepadanya.
[3] Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
[4] atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
[5] Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
[6] maka kamu melayaninya.
[7] Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
[8] Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
[9] sedang ia takut kepada (Allah),
[10] maka kamu mengabaikannya.
[11] Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,
terima kasih kerana mengingatkan kembali kaum muslim mengenai teladan ini. sayang ayat ini tidak diungkapkan didalam muktabar pas baru2 ini sebagai peringatan & penygajaran kpd semua
BalasPadamPetikan dari media kawalan UMNO/BN (mStar) pada 10-6-2009. Berhati hatilah dengan permainan UMNO/BN.....
BalasPadamBagaimanapun, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak saranan itu dan meminta Abdul Hadi memberikan penjelasan mengenainya.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, DAP dan PKR tentunya tidak bersetuju dengan saranan Hadi kerana ia membawa kepada satu kerjasama antara PAS dan Umno.
"DAP dan PKR paling takut jika PAS tinggalkan mereka kerana undi Melayu PAS yang banyak membantu mereka untuk menang dalam pilihan raya umum lalu," katanya.
syukran
BalasPadamberpahala besar GB ni
menegur pemimpin dengan kisah yg x dapat disangkal ini.
Imej Quran tu dari PSP ke..?
BalasPadamKerangka Kerajaan Perpaduan hanya ada dlm pemikiran TGHH dan Nasa. Tak ada seorang pun yang tahu maksud sebenar Kerajaan Perpaduan. Itu sebabnya semua jadi keliru. Ditambah pula dengan jarum2 halus syaitan UMNO dan BN menyusup utk memporak porandakan PAS. Bila rakyat tak tahu, maka dikatakan rakyat tak reti ilmu siasah Islam. Sebenarnya pemimpin sendiri tak ada satu usaha pun untuk memberikan kefahaman mengenai ilmu siasah Islam melalui penulisan, kuliah, blog dan ceramah2 mereka. Jadi jgn disalahkan rakyat jika mereka kurang faham. Saya sendiri memahami Kerajaan Perpaduan itu ialah kerajaan gabungan PAS dan UMNO. Adakah logik lain selain daripada itu? Kalau sekadar berdakwah, itu bukannya Kerajaan Perpaduan. Berdakwah itu kita boleh terima atas nama muzakarah ke, muqabalah ke, berdebat ke, itu tidak ada masalahnya. tetapi bekerjasama dengan UMNO dlm bentuk kerajaan itu sudah jadi lain halnya sedangkan kita sudah ada persefahaman dengan Pakatan Rakyat. Mana nak letak PR dalam UG? Hal ini langsung tak ada dlm kerangka persefahaman dengan PR.
BalasPadamIdea boleh dilontarkan, tetapi masa melontarkan idea itu perlu diambil kira. Mood sekarang rakyat bersama PR, bukannya bersama UMNO. Kalau dah nak berpadu sangat, syorkan kepada pemimpin UMNO, sertai sahaja PAS demi utk menguatkan Islam dan orang Melayu. Tak ada sebab kenapa pemimpin UMNO masih nak setia dengan BN lagi. Inilah masanya sebelum BN dikuburkan dalam pilihanraya akan datang. Seperkara lagi perlu difikirkan tentang musuh dalam selimut sepertimana ucapan Ust Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS) mestilah dinyahkan terus dari kepimpinan PAS. Fraksi2 UMNO dalam PAS mestilah dileburkan terus!!! Sifat munafik ini amat merbahaya kepada jamaah islam. Sepatutnya Ust Ahmad Awang kena bongkarkan awal-awal lagi kerana ramai ahli yg tak tahu. Ni dah terantuk baru mengadah. Buat apa nak sembunyikan kebenaran? Bimbang nanti jadi ulama suuk. Apapun saya ucapkan tahniah kerana cubaan berani mengakui adanya mush dlm selimut, gunting dlm lipatan PAS. Kepada ahli-ahli dan pemimpin2 PAS, renung2, fikir-fikirkanlah…
salam..
BalasPadamrasanya tak sama nak bandingkan kesah abdullah maktum dengan kelab penyokong pas dr non-muslim ni..
sekurg2nya..pemimpin umno ke,pkr ke,kalau mereka Muslim,sekurg2nya perlu lah diutamakan.
just pandangan personal
salam..
BalasPadamJangan lupa, tanggungjawab kita sebagai ahli pula, mestilah kita mengambil iktibar dalam kisah perjanjian hudaibiyah..
Masa tu semua sahabat x setuju dengan isi perjanjian tu yg zahirnya berat sebelah.. Namun Nabi mengambil keputusan untuk teruskan juga..
Para sahabat rasa kecewa sehinggakan bila Nabi suruh tahallul mereka tidak segera melakukannya. Sehinggalah Nabi sendiri yang bertahallul, barulah mereka mengikut sama.
Contohilah akhlak sahabat yang taat walaupun dalam perkara yang mereka tidak berapa setuju. Mereka tidak seperti kita yang bila x setuju shj terus mengutuk pimpinan, mencerca, fitnah, berbalah-balah antara sama sendiri.. Apa kes?
Insyaallah segala keputusan kepimpinan yang dibuat selepas ini akan menguntungkan Islam.. sebagaimana hudaibiyah.. Yang penting kita sentiasa taat dan siqah kepada pimpinan, selagi mana ia tidak bercanggah dengan dasar Islam
Perjanjian Hudaibiyah?
BalasPadamJangan tafsir mengikut nafsu,
ia adalah penyelesaian sementara dengan satu perjanjian untuk satu kes : pembukaan kota Mekah.
Bukan untuk tubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang membolehkan Rasulullah dan pemimpin Quraisy bersama-sama mentadbir mekah.
Jangn berdusta dengan nama Rasul.
Sabdanya; Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barang siapa yang berdusta atas namaku, masuklah dia ke dalam neraka. (Muslim)
anonymous said
BalasPadamInsyaallah segala keputusan kepimpinan yang dibuat selepas ini akan menguntungkan Islam.. sebagaimana hudaibiyah.. Yang penting kita sentiasa taat dan siqah kepada pimpinan, selagi mana ia tidak bercanggah dengan dasar Islam
___________
Kerajaan Perpaduan adalah persoalan dasar, bukan masalah khilafiah atau furu'iyah. Ia menyentuh prinsip jemaah. Tindakan pemimpin yang mengubah dasar di tolak Allah dan Rasul dan tiada ketaatan ke atas makhluk yg menentang Allah dan RasulNya.
Taat kepada pemimpin? kepada tidak taat kepada Mursyidul AM PAS yang spatutnya beliau lebih berhak untuk ditaati jika mengikut hirarki tanzim.