Ahmadinejad berhak mendapat tahniah dunia, justeru terpilih menjadi Presiden Iran bagi penggal kedua sekalipun ia satu keputusan yang memeranjatkan banyak pihak. Dahulu beliau berupaya mengalahkan Ayatullah Akbar Hashemi Rafsanjani, seorang tokoh politik ulama yang terkemuka sejak kemenangan revolusi Islam pimpinan Khomeini hujung 1970an.
Satu ketika, Presiden Iran ini telah mengejutkan orangramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden dahulu apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.
Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.
Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.
Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.
Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.
Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.
Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.
Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.
Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.
Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.
Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.
Tohmahan banyak pihak dan malah mengelirukan setengah ummah betapa hanya ulama boleh memimpin sebuah jemaah dan sebuah negara, namun keputusan pilihanraya di Iran itu menyerlahkan sebaliknya.
salah ke kalau ulamak?
BalasPadamTah Tah hok dok tak suka sangat ulama tu Syiah pa! Nampak jijik beno dengan ulama? - Saya suka ulama tapi tak suka ular dlm semak yang tak nampak tapi bahaya!
BalasPadamAhmanejad tu Ulamak la tu.... Jangan nampak ulama tu hanya kena pakai jubah dan serban jah. Ulama tu maknanya org yang bayak ilmu, menjaga akhlak Islam. Ini dah la tak suka ulama akhlak pulak macam setan, sapa mau. Kalau macam Ahmanejad tu kite org pun mau dan setuju, tapi jgn Syiah dah le..
BalasPadamrencana ni bagus untuk mengajar org supaya jgn lihat definasi ulamak tu hanya pada pakaian zahir semata-mata.
BalasPadambandingkan kehidupan Presiden Iran ini dengan kehidupan beberapa orang yang bergelar ulamak di dalam negara kita.
BalasPadamUlama tu pewaris Nabi (hadis nabi) So kalau dah tak suka ulama camna.....? jangan la jadi jumud sangat dlm mentafsirkan ulama.
BalasPadamulamak yg macamana pewaris nabi? bukan ulamak yg menghimpit pemerintah.
BalasPadamsebaik-baik pemerintah ialah yg datang berjumpa ulamak dan sejahat-jahat ulamak ialah yang pergi berjumpa pemerintah.
Berdasarkan hadith Nabi ini:
BalasPadamsebaik-baik pemerintah ialah yg datang berjumpa ulamak dan sejahat-jahat ulamak ialah yang pergi berjumpa pemerintah.
mana ulamak yg kononnya nak pergi jumpa pemimpin UMNo adalah ulamak paling jahat.
inilah pemimpin yang bolih dicontohi,bagaimana zuhudnya......
BalasPadamPergi jumpa pemerintah untuk apa? yang tak boleh mengampu, kalau untuk kebaikan umat, itu memang kerja ulama. Habish.. jumpa pemerintah pong tak boleh, macammana nak jadi pemerintah. kalau main pukul rambang macam tu..... habis laaa. Jgan paham zahir je hadis tu. Anwar pun dah paham... ni kita takut PKR marah, pa ke jadahnya....takut Karpar DAP marah? kita pun sama macam karpar gak... belum apa apa dah naik angin, marah tak tentu pasal org baru cadang dia dah melenting. Kita cadangkan siasat SIS dan JIKA menyeleweng dan merosak akidah haramkan. Melenting semua orang, Perwakilan SA pun kalut perbetulkan istilah haram. Nampak sangat takut gertakan musuh. Ni kita pun sama jah dengan puak2 tu, beluh apa-apa dah merapu. banyak laa istihfar....... mohon tobat banyak2
BalasPadamaku tunggu marah ker?paku dulang pake serepih..haha x(
BalasPadamTulih la nama biar kita berdebat cara ilmiah. Ni dok pakai Anonymous je...mana teloq
BalasPadampergi jumpa pemerintah? masyaAllah, Rasulullah tak gi jumpa Abu Jahal Abu Lahab malah di tegur Allah sewaktu Rasulullah melayan Abu Jahal di dalam surah 'Abasa.
BalasPadamNampaknya penulis artikel ini kurang ahli dalam definisi Ulama' itu sendiri ... wallahua'lam
BalasPadamsaya suka sangat dua gambar di bawah...gambar atas tu...orang miskin tapi takutkan Allah...gambar bawah orang kaya tapi miang..
BalasPadamSahibul Kahfi said...
BalasPadamNampaknya penulis artikel ini kurang ahli dalam definisi Ulama' itu sendiri ... wallahua'lam
termasuk sahibul kahfi yang nampaknyaa macam tahu tapi sebenarnya dia tidak tahu skadar hanya hendak merendahkan tulisan org lain.
Samaada ulamak ke tidak ke itu tak penting. Paling mustahak mereka boleh pegang amanah yang diserahkan dalam parti. kalau parti tidak bersetuju tidak boleh tidak mesti kena akur tak kira dia tuan presiden ke atau tuan tpresiden. anamah paling mustahak dalam dunia sebab itu satu daripada sifat rasulullah ialah amanah.
BalasPadamAnonymous said...
BalasPadampergi jumpa pemerintah? masyaAllah, Rasulullah tak gi jumpa Abu Jahal Abu Lahab malah di tegur Allah sewaktu Rasulullah melayan Abu Jahal di dalam surah 'Abasa.
Sila beri kupasan tentang perbuatan Rasulullah pergi berjumpa dengan ketua-ketua kabilah bani kilab, bani hanifah, bani Sa'saah, bani Amir dan bani syaiban yang berada sempadan Parsi utk berdakwah dan meminta perlindungan dari mereka..... dan pemimpin2 suku aus dan khazraj sehingga membawa rundingan sulit Aqabah1 dan 2 yang hasilnya terbentuk Negara Islam Madinah.
Aku sayang kedua2 tok guru = TGNA dan TGHH.
BalasPadammereka berdua org lama dlm parti kita, dan banyak ilmu lagi.
Pertemuan rasulullah dengan kabilah berkenaan memang dengan niat untuk mengembangkan syiar Islaam aku yakin umat Islam samada yang masih hidup atau mati yakin 100 peratus kebenaran yang dibawa Nabi. tiada langsung untuk berkomplot dengan mereka apalagi menggadai maruah atau bergabung dengan kumpulan yang terang-terang menentang islam. Tp kalau pertemuan apatah lagi dilakukan secara sulit tanpa dibertahu kumpulan jemaah apa maksud ni? Nabi pernah bersabda jangan kamu berbisik antara kamu jika kamu berada dalam kumpulan!
BalasPadamTahniah Ahmedinejad Presiden Iran
BalasPadamDulu bila kerajaan PR Perak ambil keputusan nak beli Camry...aku 200% tak setuju dan bagi contoh Ahmedinejad ni Dia tak sibuk nak pakai kereta mewah padahal dia lebih mampu ...ada juga mamat-mamat yang belasah aku balik.
TokMudim AL Siddiq Sigaraga
BalasPadamDalam Islam pilih yg terkecil dari dua mudharat (kerugian). Camry versus Perdana. Maintenance untuk Camry tidak semahal maintenance untuk Perdana, Camry beri 3 tahun jaminan, Perdana cuma setahun.
Dimana akalmu?
apa komen kalau ada pemimpin yang guna kereta Rolls Royce?? tidak membazirkah?
BalasPadamAnon12:23
BalasPadamTahniah Ahmedinejad Presiden Iran
Beliau lebih layak memiliki Jet persendirian tapi hanya kereta Peugout Lama......
Maintenance Camry lebih murah dari perdana ?Bior betul yop, Camry guna ayor ke? Parts tak rosak ke? Jangan termakan dengan propaganda kerajaan PR Perak dulu?
Tukor perdana ke camry semata-mata nak buang suwey kerajaan BN...feng shui tak ngam....rakyat kena bodoh ....hang sampai la ni bodoh lagi..
Aku sokong PR ....tapi bukan sokong bodoh macam hang sokong.
Tukor perdana ke camry semata-mata nak buang suwey kerajaan BN...feng shui tak ngam....rakyat kena bodoh ....hang sampai la ni bodoh lagi..
BalasPadamayat di atas bodoh lagi syirik.
terengganu tak pakai perdana, tetapi pakai mercedes, tu yang hadi, mustafa dan pas trengganu meleleh air liuq?
BalasPadamSB Dehlawi said...
BalasPadamPertemuan rasulullah dengan kabilah berkenaan memang dengan niat untuk mengembangkan syiar Islaam aku yakin umat Islam samada yang masih hidup atau mati yakin 100 peratus kebenaran yang dibawa Nabi. tiada langsung untuk berkomplot dengan mereka apalagi menggadai maruah atau bergabung dengan kumpulan yang terang-terang menentang islam. Tp kalau pertemuan apatah lagi dilakukan secara sulit tanpa dibertahu kumpulan jemaah apa maksud ni? Nabi pernah bersabda jangan kamu berbisik antara kamu jika kamu berada dalam kumpulan!
Kenapa bangang sangat nak faham! kes nabi jumpa ketua2 kabilah tu sebagai contoh yang nabi buat jumpa ketua ketua penguasa, yang kau kata tak leh jumpa pembesar tu,apa hal nya. TGHH jumpa tu pun dakwa la juga nak buat kebaikan. Sila beri komen tentang pernah TGNA kata dulu yang pernah heboh satu malaysia "boleh berkawan dengan setan kalau dia nak Islam"? Aku tak rasa apa pun! TGNA aku suka TGHH aku restu. Aku rasa ada parasit besar dalam jamaah yang sentiasa nak laga-lagakan ahli jadi pecah. ...aku berlindong dengan Allah!
parasit besar yg nak melagakan ahli-ahli pas ialah pro muqabalah, yg nak sgt ke umno. FULL STOP
BalasPadampro Muqabalah ka, pro tak Muqabalah ka,
BalasPadamLu pikie la sendiri!
Akutunggu said...
BalasPadamSB Dehlawi said...
Pertemuan rasulullah dengan kabilah berkenaan memang dengan niat untuk mengembangkan syiar Islaam aku yakin umat Islam samada yang masih hidup atau mati yakin 100 peratus kebenaran yang dibawa Nabi. tiada langsung untuk berkomplot dengan mereka apalagi menggadai maruah atau bergabung dengan kumpulan yang terang-terang menentang islam. Tp kalau pertemuan apatah lagi dilakukan secara sulit tanpa dibertahu kumpulan jemaah apa maksud ni? Nabi pernah bersabda jangan kamu berbisik antara kamu jika kamu berada dalam kumpulan!
Kenapa bangang sangat nak faham! kes nabi jumpa ketua2 kabilah tu sebagai contoh yang nabi buat jumpa ketua ketua penguasa, yang kau kata tak leh jumpa pembesar tu,apa hal nya. TGHH jumpa tu pun dakwa la juga nak buat kebaikan. Sila beri komen tentang pernah TGNA kata dulu yang pernah heboh satu malaysia "boleh berkawan dengan setan kalau dia nak Islam"? Aku tak rasa apa pun! TGNA aku suka TGHH aku restu. Aku rasa ada parasit besar dalam jamaah yang sentiasa nak laga-lagakan ahli jadi pecah. ...aku berlindong dengan Allah!
Kesiannya AkuTunggu terpaksa guna bahasa kasar (Bangang) untuk pertahan hujah. Pada pendapat kawe, Akutunggu tak layak untuk berhujah kerana dipengaruhi emosi. kalau berhujah depan public pasti kena booo... mungkin juga dia ni tension sebab terpaksa berhadapan dengan barisan pas pro pakatan rakyat. salah masuk blok ko demo nih? sebelum kawe lawan hujah demo, kawe mintok demo isytihar dulu mana kumpulan demo sokong? UG ke Propakatan... ini perlu kerana untuk mengelak pertembungan dengan kumpulan sama. Jika demo tak isytihar maka demo kawe anggap dayus.