Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, persediaan lebih kemas itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) dijangka akan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk jentera kementerian dan agensi kerajaan untuk meraih undi menjelang pilihan raya kecil itu.
Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru yang diterima, beberapa kementerian mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah mereka yang ada di negeri ini supaya menggunakan segala kemudahan yang ada untuk tujuan berkenaan.
“Agensi dan jabatan kerajaan di bawah beberapa kementerian ini, diarahkan supaya menggunakan segala kemudahan, peruntukan dan jentera kakitangan yang ada untuk melaksanakan projek dan menyalurkan bantuan segera sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
“Saya juga sudah mengenal pasti, beberapa kementerian terbabit yang mengarahkan kakitangan mereka supaya turun dan berkempen di Manek Urai,” katanya di sini, semalam.
Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, BN tidak seharusnya menggunakan kemudahan agensi dan jabatan kerajaan, bagi tujuan menarik sokongan pengundi kerana pilihan raya kecil itu adalah pertandingan antara parti dan bukannya antara kerajaan dengan kerajaan.
Menurutnya, dengan kemudahan dan peruntukan yang terhad, kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu untuk melawan kerajaan Pusat yang mempunyai kemudahan dan sumber kewangan yang jauh lebih besar.
“Kita (Pas) berasa kesal dan kecewa kerana dengan arahan ini, BN sudah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Sepatutnya (pilihan raya kecil) ini pertandingan antara dua parti dan bukannya antara dua kerajaan,” kata Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang. -SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.