Yew memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 11.15 pagi tadi.
Yew mendakwa, berikutan serangan itu, beliau mendapat kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan.
Beliau memohon injunksi untuk menghalang Hee yang juga ADUN Jelapang, kerosakan tauladan dan kos.
Hee sebelum ini berkata, penyembur lada yang didakwa telah digunakan untuk menyerang Yew itu bukan miliknya, sebaliknya telah dilontarkan ke arah beliau ketika pergaduhan semasa sidang DUN awal bulan lalu.
Malah Hee berkata, beliau tidak tahu cara menggunakan penyembur lada itu dan menyerahkan kepada Yew untuk membuat tuntutan sekiranya beliau adalah orang yang melontarkan penyembur lada itu kepadanya.
Namun beberapa rakaman video di Internet jelas menunjukkan Hee mengeluarkan penyembur lada dan menggunakannya ke atas ADUN Pakatan Rakyat itu.
Omar Mustapha,orang kuat Najib akan dilantik ke dalam jawatan penting di Petronas.Tindakan ini dilihat oleh penganalisis politik sebagai usaha najib untuk menguasai Petronas.Malangnya,bukan sahaja lembaga pengarah petronas menentang keras tapi juga mantan PM,Mahathir turut membantah.
BalasPadamSuatu ketika dulu Omar yang memegang jawatan penting dalam sebuah syarikat pelaburan Ethos dikatakan kroni KJ.ramai yang tertanya-tanya apakah KJ telah berdamai dengan Najib sehingga najib sanggup melantik budak tingkat 4 ke dalam jawatan penting di Petronas.
Lebih malang lagi,Omar dikatakan pernah aggal mematuhi terma perjanjian biasiswa dengan Petronas dan kini akan menjawat jawatan penting di petronas setelah sebelum ini menolak untuk bekerja denga petronas kerana mendapat tawaran lumyan dengan syarikat lain.
Petronas lambang prestig negara dan bukan hanya mengejar kekayaan dan keuntungan semata-mata.Rakyat risau jika Omar menguasai Petronas,kelak akan wujud skandal yang lebih besar daripada Perwaja Steel dan najib sampai ke anak cucu akan dikutuk oleh rakyat