15 Jun 2009

Isu Nizar: Anwar Bangkitkan Kekecohan DUN Perak Di Parlimen

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan isu kerakusan dan diskriminasi pihak polis dalam Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu.

"Apa alasan untuk untuk pihak polis mengambil sikap yang diskriminatif mimilih speaker yang di bawah dengan menolak hak speaker di atas? (disambut tepukan gemuruh) Ini soal prinsip. Menteri boleh jawab sewenang-wenangnya, tapi lebih sejuta rakyat menonton apa yang berlaku," ujar Anwar.

"Sebab kita menyatakan pencerobohan mengambil kira peraturan 89/90 dengan kuasa Speaker yang belum sah dan diketahui oleh pihak polis hanya membuktikan bahawa ada usaha yang bersekongkol melanggar peraturan dan tidak menghormati kemuliaan dewan," tambah beliau.

Anwar telah meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan hal tersebut tidak akan berlaku di mana-mana dewan undangan negeri dan dengan satu sindirin tajam, tidak juga berlaku di Parlimen sehingga terjejas nanti kedudukan Yang Dipertua dan disambut dengan tepukan gemuruh.

Jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah menjawabnya dengan menyatakan polis bertindak mengikut permintaan Speaker DUN Perak, Ganesan dan dengan angkuh meminta pihak yang tidak berpuashati mengambil tindakan ke atas kementeriannya kerana katanya beliau tidak takut meghadapinya.


Ulasan Ringkas GB

Memanglah Menteri Dalam Negeri dan kerajaan BN tidak takut sebab institusi kehakiman telah diperkudakan sendiri oleh kementeriannya dan kerajaan BN. Betapa mudah Hishamuddin nak memperbodohkan rakyat.



1 ulasan:

  1. alah .. anwar pun takut dkt syam yg berhingus tu , cukup ke dgn meminta jaminan. dgn tiada apa tindakan diambil keatas pihak polis yg biadap tu.
    anwar hanya mohon simpati.

    sepatutnya anwar bertangungjawab diatas wakil rakyatnya yang melompat parti itu ... macam mana mereka ini boleh melepasi tapisan keselamatan sbg calon.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.