26 Jun 2009

Isu ke Manek Urai : UMNO Bersedia Untuk Tawan Marang?

Selain menggunakan tentera untuk meraih undi di Manek Urai seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato Mahfuz Omar sebelum ini, kerajaan UMNO BN dilihat mempunyai perancangan yang licik untuk mengekalkan pemerintahannya di Terengganu di samping berusaha untuk merampas kerusi-kerusi yang kini dipegang oleh parti pembangkang khususnya PAS.

Di dalam satu perkembangan terkini, Kementerian Pertahanan telah merancang untuk membina Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terengganu, antara kompleks termoden dan termaju untuk pasukan berkenaan yang kini giat dibina di Wakaf Tapai, Marang dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.

Pegawai Pemerintah Unit 6, FRU Terengganu, Superintendan Din Ahmad berkata, sehingga kini pembinaan kem berkenaan berjalan lancar sejak ia dimulakan pada 2006.

Menurutnya, kem bernilai RM199.5 juta itu kini dibina mengikut spesifikasi bagi pakej satu dan dua.

“Bagi pakej satu, pembinaannya sudah dimulakan sejak 2006 lagi dan kini tahap pembangunannya mencapai 66 peratus. Bagi pakej pertama ini, ia membabitkan kos sebanyak RM74.495 juta, melibatkan rumah kediaman pegawai dan anggota, surau serta arked perniagaan.

“Pakej dua pula bermula pada penghujung 2008 dan tahap pembangunannya adalah 11 peratus, membabitkan kos bernilai RM125 juta. Ia akan merangkumi pembangunan bahagian pentadbiran, garaj kenderaan, dewan serba guna dan padang kawad,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan pembangunan Kem FRU di Wakaf Tapai, semalam.

Banyak pihak melihat pembinaan kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sebagai satu siri usaha pihak kerajaan UMNO BN untuk menggerakkan unit tentera FRU di negeri tersebut bagi mempastikan Terengganu akan terus kekal di bawah pemerintahan UMNO BN.

Lazimnya tentera FRU ini akan dikerah dan digunakan untuk "membelasah" rakyat yang dilihat tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa terutama di dalam mana-mana majlis perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

3 ulasan:

  1. gila la... korg ni betul ke dah gila??? fitnah je 24 jam. apa masalahnya bina kem tu??? ooo kalau bina balai polis, kem tentera, semua tu tandanya umno nak tawan negeri tu lah?? abis kat kedah ada kem tentera awat kalah gak??? sudah2 la tu. buat fitnah tak ingat nak g kubur ke????

    BalasPadam
  2. ada logiknya

    kat perak dah dibuatnya kem fru lebih awal sehingga mudah bagi fru dikerahkan sewaktu misi menawan Peak oleh UMNO BN beberapa bulan lalu.

    BalasPadam
  3. bila ada kem FRU maka akan bertambahlah undi pos.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.