6 Jun 2009

Hadi dan Nasya Perlu Teliti Ini: UMNO Species Tikam Belakang

Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w., demikian lapor harakahdaily.

Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.

Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.

Selain itu beliau berharap unsur fitnah yang sudah mula timbul dalam PAS sesama sendiri akan berakhir selepas diumumkan pimpinan baru dalam Muktamar ini.

Dalam menangani masalah fitnah dalam PAS beliau mengingatkan semua pimpinan supaya meniru cara berfikir dan tindakan Nik Aziz.

Katanya, Nik Aziz merupakan seorang pimpinan dan ulama yang betul-betul ikhlas, jujur tidak ada perasaan dendam dan tidak ramai pimpinan PAS yang mempunyai sikap seperti beliau.

Menjelang pilihan raya kecil di Dun Manek Urai, Kelantan beliau mengajak ahli, perwakilan dan pimpinan PAS untuk membantu memenangkan calon PAS.

"PAS Kelantan sudah menyediakan rumah dan makan minum, ahli PAS dari negeri-negeri hanya menyediakan tenaga saja," katanya.

Beliau turut berharap pimpinan yang baru dipilih dapat menggembeling tenaga bagi menghadapi Umno di Manek Urai yang mempunyai 99.9 peratus pengundi Melayu.

Dalam sesi perbahasan ucap dasar itu, beliau mencadangkan supaya pimpinan memberikan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) sebanyak RM1 juta.

"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno," tegasnya.


6 ulasan:

  1. PAS nampaknya lebih gemar diliwat.

    BalasPadam
  2. UMNO nampaknye lebih gemar meruntuhkan Stadium!!hehe

    BalasPadam
  3. Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;

    Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

    Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

    Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

    Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

    ++++++

    Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

    Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

    Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

    Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

    Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

    Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

    Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

    Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

    ====
    PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

    Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

    Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

    Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

    Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me’liberal’kan PAS.

    Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

    Proses pemilihan akan dipertikai.

    Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

    Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  4. Mengikut para wartawan muktamar, Mustafa Ali sendiri yg merancang sebaran khabar angin Husam menang .. untuk menjaga kredibiliti jwtnkuasa pemilihan. supaya rahsia kemenangan ditutup.

    Mengapa perlu diumumkan keputusan keesokan harinya? tak pernah dibuat oleh parti lain atau SPR sendiri. Mustafa dikenali sgt golongan pro kerajaan perpaduan.

    BalasPadam
  5. huhuhuhu... aku pelik la..anak2 dalam rumah PAS xde la kecoh bila Husam kalah. tapi anak2 jiran tu mcm nk pecah rumah marahkan kelkalahan Husam..BENGONG

    BalasPadam
  6. Anonymous said...

    huhuhuhu... aku pelik la..anak2 dalam rumah PAS xde la kecoh bila Husam kalah. tapi anak2 jiran tu mcm nk pecah rumah marahkan kelkalahan Husam..BENGONG
    BENGONG TAHAP apa yek...............!!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.