12 Jun 2009

Desak PAS Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kroni UMNO Taja Muktamar

Ini maklumat sekonder yang aku kutip dari ucapan Khalid Samad, MP dan ketua PAS bahagian Shah Alam, dalam muktamar yang baru berlalu.

Menurutya, segala perbelanjaan pada hari dia berucap itu, dan hari-hari muktamar sebelum hari itu dibiayai oleh Puncak Niaga.

"Mungkin juga bil-bil hotel perwakilan-perwakilan, jika diperlukan (dibayar oleh Puncak Niaga)," tambah Khalid.

Puncak Niaga juga membayar ruang2 iklan dalam majallah yang diedarkan dalam muktamar serta memaparkan sepanduk2 syarikat itu.

Untuk makluman, Puncak Niaga adalah syarikat yang telah merompak bisnes bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan kini berperang dengan kerajaan negeri Selangor kerana MB Khalid Ibrahim mahu mengambil alih kembali perusahaan air itu untuk diurustadbir oleh Selangor.

Ini kerana banyak pembaziran dan bocoran (air dan juga songlap RM) dalam Puncak Niaga. Bayangkan gaji CEO Puncak Niaga Rozali Ismail sahaja RM5.1 juta setahun. Berapa juta RM pula untuk ahli2 lembaga pengarah lainnya?

Pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuanlah yang terpaksa memikul beban kos melampau itu.

Yang bermasaalahnya, Puncak Niaga dapat dokongan dari kerajaan BN Persekutuan!

Dan kini komponen Pakatan Rakyat Selangor, parti PAS?

Kena tikamlah Khalid Ibrahim, bukan dari belakang, dari depan beb! -uknowsanasini.

Ulasan GB

Nampaknya hal ini dipandang remeh oleh pimpinan PAS. Satu perarakan nampaknya perlu dilakukan di hadapan Pejabat PAS untuk mendesak sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat kes ini.

Sesiapa juga yang terlibat, secara lansung atau tidak perlu di bawa ke muka pengadilan. Roslan SMS (Ketua Penerangan PAS Selangor) dikatakan dalang kepada isu yang memalukan ini telah menikus apabila ditanya.

Semua akaun muktamar dan ahli jawatankuasa urusetia perlu disiasat.

Sebarang bukti sila kumpulkan dahulu. Kita tidak akan lepaskan mereka seperti mana ketegasan Nabi yang menyatakan sekalipun fatimah mencuri nescaya kupotong tangannya.


Laporan polis dan SPRM akan dibuat dengan keputusan kolektif.

13 ulasan:

  1. Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat? Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm PAS? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi. Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya. Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jd boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tida amanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi. Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin meliht tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat? Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm BN? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi. Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya. Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jadi boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi. Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin melihat tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  3. hahaha...bodos la ko GB
    kroni ke proksi ke apa ko pedulli
    sape pon nak sumbang kat PAS apa ko peduli
    yg ko tu apa yg ko sumbang kt PAS

    aku tau la ko jeles kat PAS selangor

    hahaha..ada ke org bagi sumbangan pon nak repot SPRM..hahahaha..memang sah bodos.

    BalasPadam
  4. bukan sumbangan
    ni penajaan
    siap ada iklan puncak niaga di muktamar
    mempromosikan kroni umno di dalam pas

    menjual maruah pas.

    BalasPadam
  5. melayu memang bodoh
    kalau tokey cina gaji RM14juta setahun takde siapa nak bising.
    bila melayu gaji RM5 juta, habis semuanya tak kena. kroni le proksi le.
    melayu memang bodoh.
    kalau tokey cina dpt projek besar drp kerajaan tak dicop kroni.
    kalau melayu...sikit2 kroni.
    melayu memang bodoh
    kalau syarikat kroni taja konvensyen PKR ke DAP ke takde siapa nak bising
    kalau syarikat GLC taja PKR pon takde siapa nak bsing
    tapi bila kena kat PAS, mcm murai tercabut ekor.
    melayu memang bodoh
    lebih-lebih lagi melayu dalam Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  6. mcm mana nak taja kalau tak sumbang.
    satu lagi bodosss

    BalasPadam
  7. penajaan
    sumbangan

    dua perkara berbeza

    sumbangan: tidak ada sebarang promosi
    penajaan: siap dengan segala iklan

    memang telah menjadi dasar boneka umno akan menggunakan perkataan-perkataan kasar bila mereka memberi komen dan menulis untuk menunjukkan wajah mereka sebenar yang serupa dgn umno seperti mencarut, bodos san seumpamanya.

    BalasPadam
  8. apabila pas sama perbuatannya dgn parti-parti lain bererti hancurlah pas sebagai sebuah harakah islamiah.

    semenjak idea kerajaan perpaduan dilontarkan, pas dan umno tak der beza cuma serban dan janggut para pemimpinnya

    BalasPadam
  9. hahaha...memang bodos pon
    kalo dah bodos memang kena panggil bodos.
    takkan nak panggil cerdik pandai kot.
    hahaha..dah berapa buah kamus ko cetak?
    memandai nak wat tafsiran sendiri
    hahahaha...bodoss

    o ya...nik aziz pon mencarot gak

    BalasPadam
  10. TGHH mencelakakan org, akhirnya terpalitlh kecelakaan kepada dirinya dan kesemua penyokongnya.. alahai kesiannya

    BalasPadam
  11. kuikui! :p adoi mak.. kelakar.. kenapa la, kena taja pun bising. pelik tol dorang nie. Hahaha! Tp bila difikirkan balik apa yang GB sumbangkan? Hehe! sendiri tau la GB .. :)

    BalasPadam
  12. taja pun bising?
    sebab lepas ditaja akan ditaji

    BalasPadam
  13. roslan sms pengkianat kerajaan pakatan rakyat selangor!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.