Isu jerebu kononnya PKR mengatakan bahawa bencana tersebut adalah akibat dari perbuatan maksiat yang berleluasa. Ini bermaksud bahawa Khir Toyo tidak akan percaya bahawa dengan perbuatan maksiat yang berleluasa, Allah tidak akan memberikan apa-apa balasan di dunia ini seperti bencana-bencana yang sering berlaku.
Itu pada beliau mungkin akibat fanomena alam seperti yang pernah dihujahkan oleh Astora Jabat sewaktu Astora berdebat dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi dari PAS. Terbukti Khir berfahaman seperti Astora Jabat Toyo yang menolak samasekali kaitan sebarang peristiwa di dunia ini dengan pembalasan dari Allah SWT. Biarkan Khir dengan iktikadnya itu.
Mantan MB Selangor ini turut mendakwa bagaimana PKR akan menuduh pemimpin BN terlibat hatta di dalam kes bunuh sekalipun. Saya tidak pasti Khir Toyo merujuk kepada kes yang mana satu, mungkin kes yang melibatkan kematian Altantuya. PKR terutamanya DS Anwar mahukan satu siasatan yang telus dan terperinci berkaitan kes tersebut dapat dijalankan. Lebih malang sekali dunia luar juga turut membuat dakwaan dan spekulasi terhadap kes ini yang mana telah memburukkan imej pemimpin kerajaan iaitu pemimpin Bn juga.
Persoalannya, mengapa kita sebagai rakyat di dalam sebuah negara yang bermaruah tidak peka terhadap tuduhan sensitif terutamanya terhadap pemimpin kita? Seringkali banyak pihak mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap media-media asing tersebut yang telah memburukkan imej negara kita.
Mengapa kerajaan enggan melakukannya demi untuk membersihkan nama pemimpin kerajaan sendiri? Bukankah Presiden PAS sendiri berani mengambil tindakan terhadap media asing yang suatu ketika mendakwa bahawa PAS terlibat di dalam kumpulan pengganas atau Taliban. Hasilnya, media tersebut mengaku kesalahannya dan sanggup memohon maaf kepada PAS dan imej pun PAS dapat dipulihkan.
Berkaitan isu kempen oleh PKR di Dun Penanti baru-baru ini, sememangnya PKR tetap akan menerangkan kepada rakyat apa jua kesilapan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Umno/Bn tidak kira samada Umno/Bn masuk bertanding atau tidak. Ini adalah kerana sebagai sebuah parti yang berjuang untuk rakyat, perjuangannya tidak terbatas selagi rakyat tidak diberitahu tentang kelemahan Umno/Bn di dalam menguruskan negara atau negeri. Perjuangan ini berterusan meskipun tiada pilihanraya kerana usaha penerangan harus berjalan sehinggalah rakyat sedar siapa sebenarnya Umno/Bn.
Sekiranya terdapat sebarang kempen atau penerangan yang dilakukan oleh PKR merupakan satu fitnah, sudah tentu pihak Umno/Bn akan mengambil tindakan. Rakyat perlu diberi penerangan berupa fakta dan Umno/Bn juga punyai hak untuk membela parti mereka dari tuduhan tersebut. PKR juga tidak hairan apabila media-media perdana di bawah kerajaan memberikan liputan yang berat sebelah setiap kali pilihanraya diadakan dan perkara ini juga wajar Khir Toyo persoalkan.
Soal undi yang diperolehi oleh calon PKR di Dun Penanti baru-baru ini yang dikatakan sebagai tanda merosot sokongan terhadap PKR, sekurang-kurangnya di dalam keadaan peratusan undi yang terlalu rendah pun PKR mampu mendapat majoriti 5 ribu lebih.
Kekurangan undi seribu lebih jika dibandingkan dari pilihanraya umum yang lalu, bukan bererti seribu lebih itu akan beralih kepada Umno/Bn pada pilihanraya akan datang. Merosot undi lebih baik daripada `Tiada Undi' langsung. Tahniah kepada ketiga-tiga calon bebas yang berani memasuki gelanggang dan mereka dilihat lebih `jantan' daripada yang bersilat pulut seorang diri di luar gelanggang.
Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya secara ikhlas berharap agar tindakan membekukan elaun khas Wakil Rakyat terhadap Khir Toyo serta yang lain-lain yang telah dikenakan penggantungan setahun dari menghadiri Persidangan Dun Selangor diberikan semula. Secara peribadi saya tidak bersetuju kerana selaku Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, mereka berhak menerima elaun tersebut. Wallahu A'lam. -wfauzdin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.