13 Mei 2009

ZAMBRY MASIHKAH ADA TELOQ?

Maafkan saya sekiranya tajuk komentar saya kali ini agar kurang sopan bunyinya. Setelah seharian mencari satu tajuk yang sesuai, namun hanya inilah sahaja tajuk yang saya rasakan paling sesuai untuk menggambarkan senario dan isi kandungan komentar saya kali ini.

Zambry Kadir mengusulkan didalam rayuannya yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan semalam agar perlunya ada satu penangguhan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahasa Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang sah. Alasan yang dikemukakan oleh para peguam Zambry Kadir adalah jika ianya dibenarkan, kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan dan seterusnya kes rayuan beliau hanyalah akan menjadi satu nilaian akademik sahaja (sia-sia).

Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menginginkan satu penyelesaian yang adil bagi semua rakyat Negeri Perak iaitu dengan membubarkan DUN Perak dan seterusnya memungkinkan satu piliharaya peringkat negeri diadakan secara menyeluruh. Dengan ini dapatlah rakyat (para pengundi) menentukan pilihan mereka sama ada mahukan Pakatan Rakyat memerintah Perak atau Barisan Nasional memerintah Perak.

Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah kenapakah pihak Barisan Nasional bermati-matian berusaha untuk menghalang terjadinya pembubaran DUN Perak dan seterusnya memungkinkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan? Adakah kerana Barisan Nasional sedar bahawa jika DUN dibubarkan dan adanya pilihanraya, maka mereka pasti akan dikalahkan dengan seteruk yang mungkin (kemungkinan Barisan Nasional akan berkubur di Negeri Perak)? Ataupun mereka sebenarnya tidak berani untuk berhadapan secara “jantan” dengan rakyat?

Jika Barisan Nasional “masih ader telur”, tentunya mereka berani untuk berhadapan dengan satu pilihanraya peringkat negeri yang sepatutnya adil, telus dan saksama.

Yang pastinya saya beranggapan bahawa Zambry Kadir dan Najib Razak sememangnya telah “kecut telur” dalam melihat tindakbalas (respon) daripada rakyat marhaen yang menolak Barisan Nasional pada skala mega. Saya dapati jika Zambry Kadir dan Najib Razak berterusan mengusutkan lagi masalah di Negeri Perak Darul Ridzuan, janganlah kita terkejut bahawasanya pada PRU13 nanti, kemungkinan hanya tinggal 2 negeri sahaja dibawah Barisan Nasional (Johor dan Sarawak). Negeri yang lain mungkin akan kecundang tahap mega kepada Pakatan Rakyat.

Selagi kemelut ini tidak diselesaikan secara membubarkan DUN dan membuat satu pilihanraya peringkat negeri, selagi itulah saya beranggapan bahawa Zambry Kadir, Najib Razak dan Barisan Nasional umumnya sudah tidak “bertelur” lagi. Kalau anda (Zambry Kadir, Najib Razak dan Barisan Nasional) rasakan bahawa anda “masih ada telur”, silakan kita bersilat dipadang yang rata secara anak jantan.

Zambry Kadir, masihkah ada telur?

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS


4 ulasan:

  1. telor terkelup lar

    BalasPadam
  2. Mereka sudah lama tak ada 'teloq' - mereka menyorok di belakang 'teloq-teloq' PDRM, FRU dan 'teloq-teloq' upahan lain. Balls for Hire!
    Kesian! Institusi-institusi yang diberi amanah suci untuk menjaga keamanan negara dan rakyat telah direndahkan martabat kepada 'teloq upahan'. Tapi apa nak dikata, mereka sanggup diperlakukan begitu asalkan... si periuk nasi terjaga.

    BalasPadam
  3. ZAMBRY ADA LAGI TELOQ ... CUMA TELOQ JENIS TELOQ PENYU LEMBIK... NAJIB PUN ADA TELOQ CUMA JENIS TELOQ KEMURUK JA ... PASAI TU NAK LAWAN PILIHANRAYA KECIK PUN TERSENTOT TELOQ MASING-MASING !!! MEMANG SAH PEMIMPIN UMNO JENIS TADAK TELOQ

    BalasPadam
  4. uekkkkkk...loya aku tgh mkn nasi goreng teloq ni...hangpa ni mmg la...jgn la dok ceghita psl teloq zambry gelap tu,hodoh la...teloq dia mesti lg gelap dr teloq masin...mamak!!kasi nasi goreng xmau teloq satu!!!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.