"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) sudah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan," katanya di sini.
Desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh pembangkang yang kini tidak lagi mempunyai majoriti dalam Dewan, katanya.
Banyak pihak menyelarkan kenyaan Zahid yang dilihat menentang arus dan kehendak rakyat Perak yang rata-rata inginkan pembubaran DUN dan pilihanraya diadakan di negeri Perak.
Sekalipun Paktan Rakyat kini dikatakan tidak mempunyai majoriti dalam dewan, namun majoriti rakyat menyokong Pakatan Rakyat.
UMNO BN mempunyai majoriti di dalam dewan undangan negeri Perak hasil dari taktik kotor dengan menculik dan menyogok ahli-ahli Pakatan Rakyat yang khianat kepada para pengundi mereka, sedangkan hakikatnya lebih ramai rakyat Perak kini bersimpati dan menyokong Pakatan Rakyat.
Ini terbukti dengan terdapatnya pungutan suara baru-baru ini dimana selain Pakatan Rakyat, sebilangan besar badan bukan kerajaan dan beberapa pandangan dari ahli komponen BN sendiri yang bersetuju perlunya diadakan pilihanraya semula di negeri Perak.
"Zahid boleh menipu dirinya sendiri tetapi Zahid tidak boleh menipu rakyat Perak. Malah rakyat di kerusi Parlimen Bagan Datoh sendiri yang kini dipegang oleh Zahid juga turut mendesak DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan segera di Perak," kata seorang penduduk dari bagan Datoh hari ini.
"Apa yang nyata UMNO-BN sebenarnya takut dengan pilihanraya kerana mereka sedar mereka akan kalah," tambahnya.
Itulah akibatnya kalau tamak kuasa....dah jadi arubiru..malapertaka...lepas tu dok berkeras kata hampa kuat ..kuat cara merampas rakyat buka buta ...kalau hapa nak jadikan perak kerajaan umno kami orang perak...akan tunggu pada PRU13 ..akan kami hukum sampai hampa tak begerak lagi...suara rakyat suara keramat...
BalasPadamdengan tercetus krisis perak ini.bermula dengan kehilangan 2 manusia pengkianat osman jailu dan jamaludin posmen.tiba tiba muncul bersama najib pm
BalasPadamdan grombolan di tv dan seterus nya hinga mencetus
kekicuhan di dun perak. ia telah membuka mata penyokong umno/bn betapa rakus nya pemimpin umno yang di sokong olih orang melayu yang menjadi kan media media pro kerajaan sebagai rujukan.kini kami ber alih sumber it. kami dah celik.kami tertipu selama ini..simpati kami pada PR yang telah di zalimi amat mendalam..jika
dun bubarkan .kami tidak akan memangkah parti dacing lagi.."SELAMAT TINGAL DACING!!!