pilihanraya kecil Penanti 31 Mei ini.
Tidak pernah berlaku di dalam dunia sebuah parti pemerintah yang tidak menyertai pilihanraya kecil yang diadakan tetapi berlaku di Malaysia oleh BN di bawah pemerintahan Najib Razak.
Ia adalah petunjuk bahawa UMNO dan BN sudah kehilangan segala ciri sebagai parti yang yang mempunyai kewibawaan untuk terus diberikan kepercayaan mentadbir dan memerintah Malaysia, ia juga adalah petanda jelas bahawa BN sedang menuju kehancuran.
GB difahamkan bahawa keputusan Najib itu telah disampaikan kepada mentornya Tun Dr Mahathir beberapa hari lalu. Mahathir sebelum ini telah meminta BN untuk bertanding di Penanti jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.
"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan UMNO di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya," katanya.
Namun setelah mendapat tahu keputusan Najib yang bertegas untuk BN tidak bertanding, Mahathir telah memberi sindiran sinis kepada Barisan Nasional (BN) apabila beliau menyatakan parti tersebut tidak perlu adakan pilihan raya semula di Perak kerana beliau percaya BN akan kalah.
Malah Tun Dr Mahathir di petik media menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dun Perak.
Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.
Ia dilihat oleh penganalisis politik sebagai satu sindiran tajam kepada Najib yang bertegas untuk tidak bertanding di Penanti.
Alasan-alasan yang dikemukakan oleh Najib untuk tidak bertanding di pilihnraya kecil Penanti hanyalah untuk menutup kelemahannya dan partinya untuk berdepan dengan rakyat setelah ditewaskan di dalam 4 kali pilihanraya kecil sebelum ini di Semenanjung.
=))
BalasPadamJika anda percaya bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan BN tidak akan bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti 31 Mei ini, anda silap.
BalasPadamKepercayaan anda itu akan dipermainkan oleh Mohd. Najib sebagaimana terjadi pada Mohamad Nizar yang diikhtiraf oleh mahkamah tinggi sebagai MB sah tapi mahkamah rayuan membekukan keputusan itu. Keputusan yang diperbodohkan !
Barisan Nasional pimpinan Mohd. Najib tidak akan mengaku kalah dalam apa jua pertarungan. Mereka sanggup melakukan apa saja demi kepentingan kuasa mereka. Mereka sanggup menukar status diri mereka dari seorang jantan kepada pondan. Dari parti yang berloga kepada parti "bebas".
Mempersendakan mereka itu pekara biasa tapi jangan pandang rendah kewibawaan mereka. Mereka bijak dalam berbagai tipu muslihat. Anda perlu pandang belakang, sebelum ini PAS dan DAP amat susah untuk menang dalam setiap pilihanraya sedangkan waktu itu pembangkang mempunyai isu yang boleh mempengaruhi rakyat mengapa ...?
Hari ini dia kata tidak bertanding, tapi pertandingan tetap diteruskan dengan calon bebas. Siapa calon bebas yang bergitu beriya-iya mahu berkhidmat untuk rakyat...?
Hello bro !! Ini politik.... kalau orang yang sudah berparti boleh melompat keluar jadi orang yang tidak berparti, inikan pula orang tidak berparti dipelawa dan dijanjikan dengan berbagai imbuhan...?
Jangan kutuk terlampau pasal BN tidak bertanding, itu hanya melalaikan diri sendiri saja tetapi anda mesti pastikan semua calon bebas itu kalah dalam kiraan undi nanti.
Orang kalau nak mati selalunya akan buang takbiat, nanpakx umno nie dah buang takbiat kot tengoklah selalu kalau manusia menuju jalan kematian lah...sama2 lah kita tengok apa kesudahan umno parti cap keris terlanjang nie..menuju keneraka.. kot....nak jimat wang rakyat kononnya...sapayg dok kedarah duit rakyatkalau tak parti cap keris...terlanjang tu...
BalasPadam